web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Rasuah Projek Solar: Rayuan Rosmah Pada 22 Dan 23 Jun 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 1:50PM

Rosmah yang memfailkan petisyen rayuan pada 13 Oktober lepas, telah mengemukakan 127 alasan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 22 dan 23 Jun tahun depan untuk mendengar rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz ketika pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian.

“Untuk makluman, rayuan Rosmah terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan, yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu dan membuat keputusan mengenai kes solar itu akan turut didengar pada tarikh sama.

“Hujahan perlu difailkan pada atau sebelum 22 Mei 2023. Hujahan balas jika ada perlu difailkan pada atau sebelum 7 Jun 2023. Perayu (Rosmah) akan menulis surat rasmi memohon Mahkamah Rayuan untuk menetapkan tarikh bicara rayuan lanjut pada 12 hingga 14 Julai 2023.

“Bagaimanapun, permohonan tertakluk kepada persetujuan mahkamah,” katanya sambil menambah pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 3 Februari 2023 secara dalam talian.

Rosmah, 70, yang memfailkan petisyen rayuan pada 13 Oktober lepas, telah mengemukakan 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menjatuhkan hukuman terhadapnya adalah berat sebelah dan tidak berlandaskan pertimbangan yang betul.

Pada 1 September lepas, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rosmah dituduh atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

5 Kes Rasuah Shamsul Iskandar Dibicara Bersama

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan Bukan Sambil Lewa - Pegawai Penyiasat

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad