Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Polis Akan Rakam Keterangan Mangsa Terselamat Selepas ‘Tempoh Bertenang’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 1:17PM

Suffian Abdullah berkata, pihak polis sudah meminta kesemua individu terbabit untuk tampil membantu siasatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kuala Lumpur dan semua mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting di sini, akan dirakam keterangan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihak polis sudah meminta kesemua individu terbabit untuk tampil membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa akan diberikan tempoh bertenang buat sementara waktu terlebih dahulu, ekoran masih trauma dengan insiden dialami.

“Untuk makluman, semalam kita (polis) sudah merakam keterangan tiga individu dan saya percaya dalam kes ini ramai lagi akan dipanggil termasuk mangsa (tercedera dan selamat).

“Polis sudah menghubungi pihak (pengurusan) SJKC Mun Choong dan mengatur satu perjumpaan untuk membuat rakaman percakapan daripada mereka dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di lokasi hari ini.

Suffian berkata, kesemua mangsa masih trauma dan pihaknya perlu memberi ruang kepada mereka sebelum boleh dipanggil memberi keterangan.

“Kita sedang berhubung dengan kesemua pihak untuk mengatur masa sesuai dengan mereka dan kita juga perlu memikirkan keadaan mangsa.

“Dalam dua tiga hari ini, mangsa yang terselamat masih berada dalam keadaan trauma dan mereka perlu diberi ruang secukupnya untuk pulih, sebelum bersedia untuk bekerjasama membantu siasatan,” katanya.

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 290 dan 304(A) Kanun Keseksaan serta Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh itu yang berlaku pada Jumaat lalu dan daripada jumlah terbabit, 61 dilaporkan selamat, manakala 24 meninggal dunia serta sembilan masih hilang.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Operasi turut dibantu anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus-lumus dalam operasi mengesan dan menyelamat mangsa.

Terdahulu, Suffian berkata, polis sudah memanggil pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dan dua pekerjanya.

Mereka, ujarnya, dipanggil bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Katanya, lelaki tempatan berusia 50-an dan dua pekerja lelaki berusia 30-an itu, hadir di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor petang semalam. - Getaran, 19 Disember 2022

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Jentera UMNO Wajib Kerja Keras Menangkan Calon Perpaduan Di KKB

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

Sukan 2 jam yang lalu

Kes Faisal Halim Diserang Dengan Asid, Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Segera

oleh Fida Ruzki

Semasa 2 jam yang lalu

MCMC Bakal Tingkatkan Capaian Internet Di Pulau Kapas, Pulau Gemia

oleh Fida Ruzki