web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Dewan Rakyat Hadiahkan Al-Fatihah, Bertafakur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 11:41AM

Johari Abdul - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘menghadiahkan’ bacaan Al-Fatihah dan bertafakur seminit sebagai memperingati mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, baru-baru ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, dewan turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa, selain berharap mereka tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan tersebut.

“Saya bagi pihak ahli dewan dan Parlimen semuanya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga (mangsa).

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kerja mencari dan menyelamat, terutama pasukan keselamatan, agensi penyelamat serta pasukan perubatan dalam usaha,” katanya pada sesi pertama persidangan Dewan Rakyat di bawah Kerajaan Perpaduan, hari ini.

Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat dalam insiden tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya itu. - Gambar oleh Sairien Nafis
Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat dalam insiden tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya itu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden yang berlaku pada Jumaat lalu dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat, manakala 24 meninggal dunia serta sembilan masih hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi hari kejadian dan tiba di lokasi kira-kira jam 3 pagi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Operasi turut dibantu anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus-lumus dalam operasi mengesan dan menyelamat mangsa.

Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh terbabit dipergiatkan.

Katanya, pihak bomba akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) serta kawasan sekitar yang belum digali. - Getaran, 19 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar