web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Korban Ke-24 Ditemui, 9 Lagi Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 7:06PM

Acryl Sani Abdullah Sani berkata mayat kanak-kanak yang belum dikenal pasti umurnya itu ditemukan di kawasan pencarian Hillview (sektor A) pada 4.05 petang tadi - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Seorang lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan ditemukan menjadikan jumlah yang maut setakat ini seramai 24 orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata mayat kanak-kanak yang belum dikenal pasti umurnya itu ditemukan di kawasan pencarian Hillview (sektor A) pada 4.05 petang tadi.

“Mayat itu akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini.

Setakat ini tujuh kanak-kanak disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh tersebut.

Sementara itu, Acryl Sani berkata pengusaha tapak perkhemahan yang sebelum ini dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan, kini dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

"Seperti kita setuju tempoh hari, apabila kesemua mangsa sudah ditemukan, siasatan akan segera dijalankan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna tiada siasatan yang dibuat ketika ini. 

“Untuk makluman, saya telah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Baharudin Mat Taib untuk mengetuai siasatan berkaitan insiden ini," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama yang berada di lokasi kejadian mendapati keadaan cuaca di sini mendung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad