web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Runtuhan Tanah Tebal, Berlumpur Sukarkan Operasi SAR - Bomba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 4:17PM

Anggota Bomba ketika operasi mencari mangsa yang masih hilang - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Runtuhan tanah yang tebal, berlumpur dan berbatu menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 lagi mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata selain itu aliran air turut menyulitkan operasi itu yang memasuki hari kedua. 

Beliau berkata sehingga kini lokasi tepat 12 mangsa hilang masih belum dikenal pasti namun penemuan peralatan perkhemahan dan barangan peribadi menjadi petunjuk penting.

“Menerusi kaedah menggali pasukan SAR akan mengenal pasti tanda seperti peralatan khemah di mana ada bersama mereka seperti selimut hammock.

“Berkemungkinan ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi dan mangsa sedang tidur dan tidak sempat menyelamatkan diri kerana kesuntukan masa dan kejadian berlaku dengan pantas,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini. 

Ditanya peluang mangsa ditemukan dalam keadaan selamat, beliau tidak menolak kemungkinan masih ada mangsa yang terselamat sekiranya mereka berpaut pada timbunan batu atau pokok yang mempunyai ruang untuk mereka bernafas.

“Tapi berdasarkan tempoh kejadian sudah lebih 24 jam dengan pemerhatian keadaan runtuhan tanah yang tebal, berlumpur, berbatu serta masih terdapat berlaku aliran air harapan untuk mangsa ditemukan selamat agak tipis,” katanya.

Norazam berkata setakat ini, mangsa yang ditemukan ada yang tertimbus tanah dengan kedalaman antara tiga hingga lima kaki (0.91 hingga 1.52 meter), selain ada yang ditemukan dengan bahagian badan yang kelihatan di permukaan tanah.

Katanya operasi SAR hari ini melibatkan 135 anggota daripada pelbagai agensi selain menggunakan khidmat tujuh anjing pengesan serta jentera berat untuk mencari mangsa tertimbus.

Sementara itu, beliau berkata operasi pada hari kedua ini akan diteruskan selama 24 jam namun akan ditangguhkan sekiranya berlaku hujan lebat atas faktor keselamatan pasukan SAR.

“Operasi akan diteruskan sehingga kesemua mangsa dijumpai sehingga hari ketujuh dan operasi selepas itu akan dimaklumkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah yang mengetuai operasi SAR memaklumkan kesemua mangsa yang maut belum dikenal pasti.

Katanya kesemua mayat yang ditemukan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ketika dijumpai dan meminta waris yang kehilangan keluarga untuk membuat laporan polis. 

Dalam insiden sekitar 2.42 pagi semalam, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di Jalan Genting-Batang Kali di sini.

Setakat tengah malam tadi, 12 orang dilaporkan masih hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi Bersambung Pagi Ini, Hanya Jumpa Selipar Mangsa Selepas 17 Jam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja