web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Tempatan Diberhentikan Kerana Majikan Gaji Buruh Asing, Kerajaan Digesa Bertindak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 5:08PM

MTUC menerima laporan bahawa 30 pekerja tempatan diberhentikan kerja dengan notis 24 jam disebabkan majikan mengambil pekerja asing dari Nepal, Indonesia dan Bangladesh untuk menggantikan mereka - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengecam tindakan pengurusan syarikat pembuatan di Nilai, Negeri Sembilan yang didakwa tidak mengutamakan pekerja tempatan, sebaliknya bersikap ‘menganaktirikan’ kumpulan itu dengan menggaji buruh asing untuk menggantikan mereka.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, syarikat itu juga mengambil peluang ke atas kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikan isu kekurangan pekerja di sektor tertentu.

Katanya, MTUC menerima laporan bahawa 30 pekerja tempatan diberhentikan kerja dengan notis 24 jam disebabkan majikan mengambil pekerja asing dari Nepal, Indonesia dan Bangladesh untuk menggantikan mereka.

“MTUC yakin bahawa pengurusan syarikat di Nilai menggajikan pekerja asing yang tidak sah. Ini kerana penginapan pekerja asing ditempatkan di kilang yang tidak mengikut Akta Stardard minimum perumahan dan kemudahan pekerja.

“Pekerja asing ditempatkan di kilang dan mereka ini juga diajar bagaimana untuk keluar daripada premis apabila pihak berkuasa datang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kamarul Baharin Mansor - Gambar Fail
Kamarul Baharin Mansor - Gambar Fail

Kamarul Baharin berkata, laporan mengenai permohonan 403,869 diterima Jabatan Imigresen (JIM) untuk pengambilan buruh asing amat mengusarkan MTUC kerana jaminan pekerjaan pekerja tempatan akan terjejas, selain isu pemberhentian kakitangan secara tidak adil akan berleluasa.

Justeru, beliau menggesa kerajaan supaya ‘wajib’ mengawal kemasukan buruh asing dan memastikan pekerja tempatan tidak terjejas dengan majikan bersikap kemaruk yang ingin mengajikan pekerja asing.

Beliau berkata, realiti pekerja tempatan menjadi mangsa diskriminasi, berbanding buruh asing dalam pengambilan pekerja sememangnya berlaku, sehingga pekerja tempatan terpaksa mengemis di negara sendiri.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan bagi memastikan peluang pekerjaan pekerja tempatan diutamakan. Kerajaan perlu mempunyai tempoh masa kebergantungan kepada pekerja asing dan menyediakan kertas putih bagi isu pekerja asing di Malaysia.

“MTUC ingin mengingatkan kerajaan bahawa produk Malaysia, seperti minyak kelapa sawit pernah dihalang untuk memasuki pasaran luar negara kerana isu buruh paksa yang terkait dengan pekerja asing. Pekerja asing mudah terdedah dengan kriteria buruh paksa yang digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, MTUC juga berulang kali meminta kerajaan mengadakan data bagi pekerja asing di Malaysia sama ada yang sah atau tidak.

Jelasnya, lambakan pekerja asing di negara ini mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.

Malah, tegasnya, kerajaan perlu meneliti semula kemasukan pekerja asing sehingga mereka yang tidak sah dikenal pasti.

“MTUC bertegas mengatakan bahawa pembekuan pengambilan pekerja asing perlu dilakukan untuk memberi peluang pekerjaan dan menaikkan gaji pekerja tempatan,” katanya. – Getaran, 17 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad