web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Identiti 6 Mangsa Terkorban Dikenal Pasti - NADMA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 3:38PM

Enam daripada 23 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali sudah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam daripada 23 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, sudah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, lima daripada enam mangsa yang meninggal dunia adalah wanita manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

“Mangsa dewasa dikenal pasti sebagai Lim Wei Xin, Hong Mei Jing, Nurul Azmani, Lai Lee Yin dan Lai Lee Koo manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun disahkan sebagai Tong Kai.

“Proses bedah siasat dan pengecaman mayat lain masih dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, NADMA berkata, daripada lapan mangsa yang dikejarkan ke beberapa hospital berdekatan, tiga sudah dibenarkan pulang semalam manakala lima lagi masih menerima rawatan.

“Tiga mangsa yang dibenarkan pulang semalam, dirawat di Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Empat mangsa masih lagi dirawat di Hospital Selayang dan seorang lagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan 10 lagi mangsa yang masih hilang sedang digiat dijalankan walaupun cuaca kurang baik.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, runtuhan tanah yang tebal, berlumpur dan berbatu menyukarkan operasi mengesan 10 lagi mangsa yang belum ditemukan.

Malah katanya, aliran air turut menyulitkan operasi itu yang memasuki hari kedua.

Ditanya peluang mangsa ditemukan dalam keadaan selamat, beliau tidak menolak kemungkinan masih ada mangsa yang terselamat sekiranya mereka berpaut pada timbunan batu atau pokok yang mempunyai ruang untuk mereka bernafas.

“Tapi berdasarkan tempoh kejadian sudah lebih 24 jam dengan pemerhatian keadaan runtuhan tanah yang tebal, berlumpur, berbatu serta masih terdapat berlaku aliran air harapan untuk mangsa ditemukan selamat agak tipis,” katanya.

Norazam berkata setakat ini, mangsa yang ditemukan ada yang tertimbus tanah dengan kedalaman antara tiga hingga lima kaki (0.91 hingga 1.52 meter), selain ada yang ditemukan dengan bahagian badan yang kelihatan di permukaan tanah.

Katanya operasi SAR hari ini melibatkan 135 anggota daripada pelbagai agensi selain menggunakan khidmat tujuh anjing pengesan serta jentera berat untuk mencari mangsa tertimbus.

Insiden sekitar jam 2.42 pagi Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter. - Getaran, 17 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan