web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beberapa Kawasan Di Pahang Dijangka Banjir Mulai 8 Malam Esok - JPS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 3:50PM

Kawasan dijangka banjir mulai 8 malam esok ialah Kg Beralas, Kg Gading, Jeram Bungor dan kawasan sekitarnya serta Kg Merting, Kuala Tahan dan kawasan sekitarnya - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa lagi kawasan di Pahang diramal berlaku banjir mulai malam esok atau lebih awal berdasarkan simulasi model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

JPS dalam satu kenyataan berkata kawasan dijangka banjir mulai 8 malam esok ialah Kampung (Kg) Beralas, Kg Gading, Jeram Bungor dan kawasan sekitarnya serta Kg Merting, Kuala Tahan dan kawasan sekitarnya.

Sementara di Kg Seberang Guai, Jalan Kg Durian, Kg Bukit Imam Sulong dan kawasan sekitarnya serta Kg Besol, Paya Gintong, Kg Batu Kawah, Kg Perian, Kg Jeransang, Kg Tanjung Betung, Kg Rial, Kg Tanah Nyior, Kg Teh, Kg Jerantut Feri dan kawasan sekitarnya mulai 8 pagi Isnin ini.

Setakat pagi ini, mangsa banjir di Pahang kekal 141 orang daripada 36 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan.

Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berterusan berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga Selasa.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini, amaran cuaca buruk di Kelantan melibatkan  kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara itu, hujan berterusan  peringkat waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak dan Kuala Kangsar), dan Kelantan (Gua Musag) juga bermula hari ini hingga Selasa. 

Keadaan sama turut berlaku di Terengganu membabitkan Dungun dan Kemaman;  Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran cuaca buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam.

Sementara itu, cuaca waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad