web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Waris Harap Keluarga Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 2:37PM

Proses bedah siasat ke atas mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali dijalankan di Hospital Sungai Buloh - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, dekat sini masih meletakkan harapan agar ahli keluarga masing-masing ditemui dalam keadaan selamat.

Perkara itu dikongsikan oleh Sukarelawan Yayasan Buddhist Tzu-Chi, Tan Chee Wei, 50, yang menemani waris mangsa tragedi itu di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini sejak semalam.

“Memang mereka (waris mangsa) masih lagi berharap (selamat) walaupun ada antara mereka sudah memberikan data asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti mangsa,” kata Tan.

Beliau berkata yayasan tersebut hadir ke hospital itu bagi memberikan sokongan moral kepada waris mangsa. 

“Kami juga menyediakan makanan dan keperluan asas selain menemani mereka untuk menjalankan beberapa prosedur yang diminta,” kata sukarelawan lelaki itu.

Suasana di Hospital Sungai Buloh hari ini.
Suasana di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Beliau berkata seramai 50 sukarelawan ditempatkan di beberapa lokasi sejak semalam iaitu di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Balai Polis Ulu Yam Bahru. 

Sementara itu, seorang warga emas yang dipercayai waris mangsa tragedi dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan meraung ketika memasuki kawasan Jabatan Forensik.

Lelaki itu kemudiannya ditenangkan oleh seorang wanita.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 lagi mangsa yang belum ditemui disambung semula 8 pagi tadi.

Insiden sekitar 2.42 pagi Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Setakat tengah malam tadi, 12 orang dilaporkan masih hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek