web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam Ditahan, Disyaki Tipu Pindah Milik Tanah Bernilai Hampir RM1 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 7:14AM

Seorang peguam berusia 42 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pindah milik tanah bernilai RM927,340. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAMPIN - Polis menahan seorang peguam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pindah milik tanah bernilai RM927,340.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan semalam oleh pasukan risikan dan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan.

Beliau berkata penahanan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang menyedari ditipu semasa proses jual beli tanah seluas 10.04 hektar di mukim Tanjung Kling, Rembau.

“Siasatan awal mendapati orang yang disyaki mengaku terlibat dalam penipuan dengan menjadikan beberapa lot tanah sebagai medium untuk menipu mangsa dan pemalsuan tandatangan di dalam surat perjanjian jual beli serta beberapa dokumen pindah milik tanah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Anuwal berkata peguam dilantik oleh mangsa memaklumkan terdapat individu lain mendakwa sebagai pemilik sebenar tanah tersebut namun pemilik tanah itu mendakwa dia tidak pernah melantik mana-mana pihak bagi menguruskan jual beli tanah miliknya. 

Beliau berkata peguam itu kini direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar