web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengguna Elektrik MV, HV Termasuk Syarikat Multinasional Dikenakan Kenaikan Surcaj 20sen/kWj

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 7:04PM

Nik Nazmi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengguna industri bervoltan sederhana (MV) dan voltan tinggi (HV) termasuk syarikat  multinasional (MNC) akan dikenakan kenaikan surcaj pada kadar 20 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWj) bermula 1 Januari tahun depan, menerusi Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).

Bercakap kepada media, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan masih akan memberi subsidi RM1.93 bilion bagi mengelak kenaikan ketara surcaj sekiranya ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna.

Beliau kemudian mengulangi janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pengguna domestik; pengguna voltan rendah (LV) seperti Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan mereka yang dikategorikan sebagai pertanian spesifik (tarif H) tidak akan dikenakan sebarang kenaikan surcaj.

“Bagi pengguna domestik dan pengguna LV, kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM8.74 bilion.

“Bagi memastikan tiada kenaikan harga makanan dan hasil pertanian, pengguna seperti petani dan penternak yang dikategorikan sebagai pertanian spesifik (tarif H) juga tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik.

“Kerajaan memperuntukkan tambahan RM90 juta subsidi kepada kategori pengguna ini.

“Ini bermakna sembilan juta pengguna elektrik yang melebihi 90 peratus pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan kenaikan kos bahan api untuk penjanaan elektrik,” katanya.

Tambah beliau, kategori PKS termasuk perniagaan mikro serta restoran, barangan runcit, kedai roti dan bengkel kecil.

Menteri yang baru dilantik itu menjelaskan bahawa jumlah subsidi elektrik Putrajaya telah dikurangkan kepada RM10.76 bilion daripada RM14.91 bilion.

“Dengan skim subsidi bersasar ini, peruntukan tambahan RM4.16 bilion yang sepatutnya digunakan untuk menanggung kos subsidi elektrik kini boleh diperuntukkan untuk membantu rakyat melalui cara lain,” katanya.

Ketika ini, surcaj sedia ada untuk pengguna MNC, HV dan MV ini adalah pada kadar 3.7 sen/kWj.

Pengguna MV adalah kumpulan yang menggunakan kabel 11kV untuk bekalan elektrik mereka termasuklah kilang dan lot komersial seperti pusat beli-belah.

Walau bagaimanapun, industri pertanian tertentu yang berada di bawah pengguna MV dikecualikan di bawah tarif H.

Bagi pengguna HV, kerajaan telah menetapkan kumpulan itu sebagai kilang besar seperti kilang pemasangan kenderaan yang menggunakan kabel 132kV untuk bekalan elektrik mereka. - The Vibes, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar