web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Rekahan Terbuka Di Laluan Berhampiran Tanah Runtuh - Alexander

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 6:31PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasil tinjauan dan pemeriksaan visual di laluan B66 Jalan Batang Kali - Genting Hulu Selangor, iaitu di kawasan kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor mendapati, tiada rekahan terbuka pada turapan permukaan jalan di situ.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia turut mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, iaitu sepanjang lima meter.

Katanya, laluan B66 kini ditutup atas arahan pihak Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang awam boleh menggunakan laluan seperti lakaran infografik di lampiran sebagai laluan alternatif buat masa ini.

“JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian. Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun

“JKR Malaysia sudah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Alexander berkata, kerja penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan agihan peruntukan diterima.

“Kementerian Kerja Raya dan JKR akan sentiasa prihatin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.

“Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan,” katanya.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Kejadian itu menyaksikan 19 orang meninggal dunia, manakala 15 masih hilang setakat jam 6 petang ini.

Sebelum ini, Alexander berkata, tanah runtuh itu adalah selebar 300 meter dan 70 meter tinggi.

Ekoran insiden berkenaan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua tapak perkhemahan, kawasan rekreasi air di sekitar Batang Kali diarah tutup serta-merta sehingga diberitahu kelak.

Manakala, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan, semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara, diarah dihentikan operasi serta ditutup selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta. - Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Berhenti Jika Mengantuk, Jangan Bahayakan Orang Lain

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi