web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Hina Agong Berkaitan Pelantikan Perdana Menteri Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 5:40PM

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan terhadap satu hantaran di Facebook yang berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan terhadap satu hantaran di Facebook yang berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata lelaki berusia 33 tahun itu direman selama tiga hari ini bermula hari ini selepas ditahan semalam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.

“Satu laporan telah diterima berhubung kenyataan berkenaan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook menggunakan nama ‘As Bul’ dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya turut dirampas satu telefon bimbit jenama Vivo serta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial untuk membangkitkan kegusaran dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian negara terutama yang melibatkan isu 3R iaitu Raja (rulers), agama (religions) dan bangsa (races). 

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 32 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad