web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bumi Seolah-olah ‘Bergerak’, Mangsa Cerita Detik Cemas Tragedi Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 1:59PM

Aktiviti perkhemahan yang menyeronokkan menjadi pengalaman ngeri buat mangsa apabila bumi seolah-olah ‘bergerak’ - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ia sepatutnya menjadi aktiviti perkhemahan yang menyeronokkan di tapak perkhemahan, Father's Organic Farm di Batang Kali.

Bagaimanapun, bagi Leong Jim Meng, 57, dan keluarganya, aktiviti itu ternyata menjadi pengalaman ngeri buat mereka apabila bumi seolah-olah ‘bergerak’.

Leong berkata, mereka sedang tidur apabila terdengar bunyi dentuman kuat kira-kira jam 2 pagi tadi, menyebabkan keluarga itu terperangkap ketika tanah menutupi khemah mereka.

“Kami berjaya merangkak keluar dan melarikan diri ke tempat letak kereta berhampiran apabila terdengar tanah runtuh kedua.

“Saya memaklumkan kepada pihak berkuasa dan mereka berada di tempat kejadian dalam masa 30 minit,” kata Leong, sambil menambah mereka bernasib baik kerana berjaya keluar tanpa mengalami kecederaan.

Berkhemah di Zon B sebelah puncak bukit, seorang lagi mangsa, Teh Lynn Xuan, 22, berkata terdapat lebih 40 mangsa di kawasan berkenaan ketika kejadian itu berlaku.

Lynn Xuan kehilangan seorang abang dalam kejadian tanah runtuh itu, manakala seorang lagi dimasukkan ke hospital.

“Malah ada kanak-kanak kecil dan bayi yang maut dalam kejadian itu. Ia sangat menakutkan dan berlaku dengan pantas,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang bekerja di Father's Organic Farm itu berkata, dia dan rakan-rakannya berjaya menyelamatkan diri daripada runtuhan tersebut.

Bagaimanapun katanya, seorang daripada 13 rakannya dimasukkan ke hospital akibat kecederaan kaki manakala yang lain selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"Ia benar-benar menakutkan dan kami semua masih trauma," katanya. – The Vibes, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Di Kampung Seberang Janggut, Penduduk Terputus Hubungan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad