Berita Terkini

11 jam yang lalu: Malaysia kecam penindasan berterusan Israel ke atas warga Palestin 11 jam yang lalu: Perincian kos Stadium Shah Alam dibuat pada hujung Feb atau Mac - MB Selangor 11 jam yang lalu: Sarawak catat hasil RM11.9 bilion bagi 2022 - Abang Johari 11 jam yang lalu: Thaipusam: Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves, jalan ditutup 11 jam yang lalu: Cerun runtuh: Jalan Persiaran Senawang 3 ditutup sementara - JKR

IKUTI KAMI


(LANGSUNG) Tanah Runtuh Batang Kali: 21 Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 10:54AM

Keadaan di lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor pagi ini menjadi khabar duka kepada masyarakat apabila 100 orang yang dilaporkan berada di tapak perkhemahan itu menjadi mangsa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku apabila tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Getaran membawakan pembaca perkembangan insiden, termasuk usaha mencari dan menyelamat yang kini terus dijalankan di lokasi.

7.49 petang - Jumlah mangsa tanah runtuh yang maut meningkat kepada 21 orang setakat jam 7 malam ini.

7.06 malam - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berada di Gohtong Jaya pada 9.30 malam.

6.30 petang - Operasi mencari dan menyelamatkan 14 lagi mangsa diteruskan 24 jam sehingga misi pencarian selesai.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

6.04 petang - Seramai 19 disahkan meninggal dunia, manakala 14 lagi masih hilang setakat ini.

5.13 petang - Tanah Runtuh Batang Kali: Dua lagi mayat ditemui, jumlah kematian 18 manakala 15 masih hilang setakat 4.40 petang - Bomba

4.42 petang - Runtuhan tanah di tapak perkhemahan di ​Father’s Organic Farm, Batang Kali libatkan 450,000 meter padu tanah - Nik Nazmi

4.13 petang - Menteri Kesihatan mengesahkan 11 mayat mangsa telah diterima setakat ini dan ditempatkan di Hospital Sungai Buloh. Identiti mangsa belum dikenal pasti. Dr. Zaliha juga menjangkakan lebih banyak mayat mangsa bakal ditemui dan mengesahkan semuanya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Dr Zaliha juga memberitahu bahawa Jabatan Forensik akan melakukan antemortem daripada keluarga mangsa untuk mempercepatkan proses pengecaman.

3.39 petang - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Timbalannya, Lukanisman Awang Sauni tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. Mereka sedang menerima taklimat daripada kakitangan hospital berhubung mangsa kejadian tanah runtuh.

2.30 petang - Petugas di Hospital Sungai Buloh telah menyusun kerusi di hadapan jabatan forensik  hospital berkenaan, untuk keluarga mangsa ketika mayat mangsa tragedi tanah runtuh itu dibawa ke hospital terbabit awal hari ini.

Keadaan di jabatan forensik Hospital Sungai Buloh. - Gambar oleh Danial Dzulkifly
Keadaan di jabatan forensik Hospital Sungai Buloh. - Gambar oleh Danial Dzulkifly

2.25 petang - Berita RTM melaporkan tiada rancangan untuk membuka pusat pemindahan sementara bagi menempatkan mangsa tanah runtuh.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata, mangsa ditempatkan sementara di balai polis Ulu Yam Baru sementara menunggu ahli keluarga membawa mereka pulang.

“Jika perlu, SK Ulu Yam telah dikenal pasti sebagai kawasan sementara untuk menempatkan mangsa.”

Kementerian juga akan menyediakan perkhidmatan kaunseling kerana ada mangsa yang mengalami trauma kerana ada yang menangis dan tidak boleh bercakap.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tiga tapak perkhemahan berkenaan  hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019.

Ketiga-tiga tapak tersebut beroperasi secara haram sejak dua tahun lalu.

Justeru, beliau berkata, pengusaha tapak berkenaan dikenal pasti melanggar peruntukan dibawah Akta Jalan Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM50,000.

2.33 petang - Seramai 51 dewasa dan 30 kanak-kanak mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan ​​​​di ​Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, yang dilanda tanah runtuh awal pagi tadi, kata individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Chang, lapor Bernama.

2.00 petang - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman tiba di jalan masuk ke Batang Kali kira-kira jam 2 petang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai usaha SAR.

1.37 petang- Seramai 16 disahkan meninggal dunia, manakala 17 masih hilang setakat jam 1 petang ini dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor hari ini, menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Lima lagi mangsa insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor pagi tadi, disahkan meninggal dunia setakat jam 1 petang ini.

Jumlah tersebut menjadikan angka keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian itu adalah seramai 16 orang.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, terdapat 17 lagi mangsa dipercayai masih berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai 231 anggota pasukan penyelamat kini berada di dua sektor lokasi untuk meneruskan misi menyelamatkan semua mangsa.

“Berdasarkan maklumat kita percaya semua baki 17 mangsa berada di dua sektor, sektor A iaitu kawasan Hill View dan sektor B di kawasan Farm View,” katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

1.28 petang- Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tanah runtuh itu adalah selebar 300 meter dan 70 meter tinggi.

12.50 petang - Polis memaklumkan mangsa terlibat adalah 94 orang dengan 62 telah diselamatkan manakala 21 lagi masih hilang. Sejurus selepas jam 1 tengah hari, jurucakap Hospital KL berkata bedah siasat mangsa tanah runtuh akan dilakukan di Hospital Sungai Buloh. 

12.30 petang - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semua tapak perkhemahan, kawasan rekreasi air di sekitar Batang Kali diarah tutup serta-merta sehingga diberitahu kelak.

 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tiga, kiri) diberi penerangan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis (empat, kiri) mengenai kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali hari ini. - Gambar Bernama
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tiga, kiri) diberi penerangan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis (empat, kiri) mengenai kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali hari ini. - Gambar Bernama

11.47 pagi -  Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan tujuh mangsa cedera dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, dihantar ke Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Kubu Bharu.

Antara mangsa yang diselamatkan dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali. - Gambar oleh Alif Omar
Antara mangsa yang diselamatkan dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali. - Gambar oleh Alif Omar

11.47 pagi - Polis mengesahkan semua mangsa adalah warga tempatan

Pasukan penyelamat sedang mengatur kaedah untuk mencari dan menyelamat mangsa. - Gambar dari Twitter NADMA Malaysia
Pasukan penyelamat sedang mengatur kaedah untuk mencari dan menyelamat mangsa. - Gambar dari Twitter NADMA Malaysia

11.00 pagi - Seramai 13 disahkan meninggal dunia setakat jam 11 pagi ini dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sebahagian daripada mayat itu sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala beberapa masih di tempat kejadian.

Seramai 94 mangsa ditemui, dengan 69 daripadanya selamat manakala 25 masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Terdahulu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 37 orang berjaya diselamatkan, manakala tiga cedera.

10.54 pagi: Perdana Menteri sudah mengarahkan misi mencari dan menyelamat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berhampiran jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands, dijalankan secara rapi dan sistematik.

9.09 pagi: Dua disahkan meninggal dunia, manakala tiga cedera dan 51 masih belum ditemui.

7.00 pagi: Seramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di tapak perkhemahan. - Getaran, 16 Disember 2022

Sorotan

1

LHDN Dapat Penghakiman Terus Saman Cukai RM1.8 Bilion Terhadap Bapa Jho Low

2

Malaysia Kecam Penindasan Berterusan Israel Ke Atas Warga Palestin

3

Penganalisis Politik Terkenal Dilantik Ketua Pengarah J-KOM, 'Saya Terima Tanggungjawab…'

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemilik Syarikat Agensi Pekerjaan Didakwa Pecah Amanah Wang EPK

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Bangunkan Wilayah Persekutuan Sebagai Bandar Raya Unggul, Mampan

Semasa 13 jam yang lalu

Dua Beradik Melecur Terkena Cecair Kimia Bersihkan Sinki Tersumbat

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Sasar Wilayah Persekutuan Jadi Bandar Pintar Menjelang 2030 - Anwar