web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MCW Selar Khairuddin Persoal Integriti Azam Baki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 7:04AM

Khairuddin (kiri) dan Azam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua PEJUANG dan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dikecam apabila mempersoal integriti Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. 

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kenyataan Khairuddin terlalu bersifat peribadi dan dilihat hanya menyalahkan pihak tertentu. 

Dakwanya, Khairuddin sendiri pernah hadir ke SPRM untuk membuat aduan, tetapi beliau sanggup membuat kenyataan sedemikian kerana kehendak politiknya tidak dipenuhi akibat ketiadaan merit.

“MCW dan seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa GTA yang kalah teruk dalam PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) baru baru ini, sudah tiada modal politik lain selain dari cuba membangkitkan rasa marah kepada kerajaan baharu dengan mengkambing hitamkan SPRM.

“Kejayaan kes SRC International yang berakhir dengan Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah sewaktu UMNO memerintah dan Perdana Menteri pada ketika itu adalah Datuk Seri Ismail Sabri,” katanya.

Jais berkata adalah tidak munasabah hujah GTA yang menyatakan pihak SPRM tidak berintegriti dan hanya menyokong kerajaan yang memerintah.
Jais berkata adalah tidak munasabah hujah GTA yang menyatakan pihak SPRM tidak berintegriti dan hanya menyokong kerajaan yang memerintah.

Tegas Jais, kejayaan itu adalah berasaskan kepada siasatan SPRM sejak 2015 dan keupayaan pihak pendakwa memperoleh bukti kes yang kukuh. 

“Adalah tidak munasabah hujah GTA yang menyatakan pihak SPRM tidak berintegriti dan hanya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya.

Beliau juga mempersoal tindakan Khairuddin yang membuat laporan kepada SPRM berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaru, kes berkaitan tanah Kampung Baru.

“GTA menyarankan SPRM perlu ada rombakan besar. Sekiranya mereka tidak ada keyakinan dengan SPRM di bawah pimpinan Tan Sri Azam Baki sekarang, mengapakah sebelum ini, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pun antara orang yang membuat laporan kepada SPRM berkaitan 1MDB dan terkini kes berkaitan tanah Kampung Baru,” katanya.

Semua pihak jelas Jais, perlu berhenti daripada berpolitik dan memberi peluang kepada kerajaan baharu membuat segala perubahan yang perlu, bagi membolehkan segala masalah serta penambahbaikan dapat dilakukan dengan lancar.

Terdahulu, Khairuddin menggesa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyiasat Azam Baki atas kecurigaanya dengan integriti dan prinsip perkhidmatan beliau sepanjang menerajui SPRM.

“Azam kelihatan tidak berani bertindak di bawah mana-mana kerajaan masa ini yang memerintah negara. Beliau kelihatan mengikut telunjuk dan membela sesiapa sahaja yang menjadi tokoh pemimpin dan sentiasa cuba melindungi seseorang tokoh kerajaan walaupun didapati bersalah.

“Sebagai contoh dalam isu kes skandal 1MDB, Azam cuba membela Datuk Seri Najib Razak dengan membuat pelbagai kenyataan yang tidak berasas.

“Pada waktu itu, Azam mengesahkan beliau sudah bertemu secara peribadi dengan penderma kerabat DiRaja dari Timur Tengah yang menderma wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi mantan Perdana Menteri Keenam,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad