web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Akan Terus Fokus 'Tenteramkan' Medsos - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 7:02AM

Fahmi berkata negara kini ditadbir sebuah Kerajaan Perpaduan dan fokus pada masa ini adalah untuk bekerja dan mengemudi negara ke arah lebih baik. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus menghormati hak kebebasan bersuara termasuk di media sosial namun pengguna diingatkan supaya tidak mewujudkan fitnah dan menyemai bibit kebencian sehingga mewujudkan ketidaktenteraman dalam negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pelbagai berita palsu dan fitnah timbul ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan pasca pilihan raya, yang menyaksikan negara mengalami situasi Parlimen tergantung.

Beliau berkata negara kini ditadbir sebuah Kerajaan Perpaduan dan fokus pada masa ini adalah untuk bekerja dan mengemudi negara ke arah lebih baik.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

“Maka sekarang setelah memegang jawatan ini, salah satu keutamaaan saya ialah mententeramkan medsos (media sosial). Hak bersuara ada, hak untuk berekspresi, hak wartawan.

Seperti...pantaulah kerajaan. Itu moto sangat baik, tapi janganlah sampai jadi fitnah tak berasas, menanam bibit kebencian, ektremisme, saya sangat terkesan apabila PRU (lepas), kadang-kadang (hal) yang disebut agak keterlaluan...nak berpolitik, politiklah, tapi bersederhana.” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan temu bual Agenda Awani: “Fokus Kerja, Bina Semua Keyakinan” malam ini.

Menyentuh mengenai kebebasan media, Fahmi berkata selagi mana ia mengikut undang-undang, media bebas dan berhak melaporkan perkembangan semasa.

Beliau, bagaimanapun berkata selain memahami batas undang-undang, batas adab juga perlu diambil kira dalam melaporkan berita.

“Boleh memantau, saya lihat ada keperluan media menjalankan tugas, media ialah darjat wartawan, salah satu tiang seri demokrasi, jadi jalankanlah, tetapi tidak boleh sehingga disalah tafsir, perlekehkan agama, Institusi Diraja, kita ada hadnya,” katanya.

Menyentuh mengenai liputan internet di negara ini, Fahmi berkata langkah untuk mengadakan libat urus dengan pihak terlibat termasuk penyedia perkhidmatan supaya kosnya dapat dikurangkan bagi mengurangkan beban hidup rakyat.

“Dalam sedikit masa lagi kita harap ada berita baik berkenaan hal ini,” katanya.

Terdahulu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad