web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Pahang, Terengganu, Johor Menurun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 6:45PM

Jumlah mangsa di Pahang, Terengganu dan Johor menurun manakala Perak dan Kelantan masing-masing kekal. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di lima negeri menunjukkan tanda positif setakat petang ini apabila jumlah mangsa di Pahang, Terengganu dan Johor menurun manakala Perak dan Kelantan masing-masing kekal.

Di Pahang banjir di daerah Bera pulih sepenuhnya apabila semua sembilan mangsa terakhir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kerayong dibenarkan pulang ke kediaman mereka hari ini. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang melaporkan perkembangan itu menjadikan hanya Pekan terjejas banjir setakat petang ini, dengan sebuah PPS iaitu di SK Sinar Mutiara di Sungai Miang beroperasi bagi menempatkan 142 mangsa daripada 36 keluarga.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir pada petang ini menurun kepada 37 orang daripada 10 keluarga berbanding 61 orang daripada 13 keluarga pagi tadi, menurut kenyataan Sekretariat JPBN Terengganu.

Ketika ini, Kuala Terengganu menjadi satu-satunya daerah yang terkesan apabila PPS SK Atas Tol dibuka semula dengan menempatkan kesemua mangsa petang ini manakala banjir di daerah Hulu Terengganu pulih dengan penutupan PPS terakhir iaitu Balai Raya Kampung Kemat, pada 2 petang tadi.

Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 91 orang setakat 4 petang tadi berbanding 178 orang pagi tadi, susulan penutupan dua PPS di daerah Kota Tinggi pada 1 tengah hari tadi iaitu Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar, menurut Sekretariat JPBN.

Empat lagi PPS masih dibuka melibatkan tiga di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kampung Tasek manakala satu PPS di Mersing dibuka di Sekolah Agama Pangkalan Batu pada 12.30 tengah malam tadi (15 Dis), melibatkan tiga keluarga.

Di Kelantan, seramai 2,019 mangsa banjir daripada 637 keluarga di jajahan Pasir Mas sedang ditempatkan di tujuh PPS petang ini, dengan jumlah itu kekal sama seperti direkodkan pagi tadi

Sekretariat JPBN Kelantan memaklumkan 712 mangsa berlindung di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (69), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (256) dan SK Sri Kiambang (234).

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan jumlah mangsa banjir petang ini kekal 104 orang daripada 25 keluarga sejak 8 pagi tadi yang ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Abd Rahman Talib dekat Hilir Perak; SK Padang Serai di Manjung; dan Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali di Perak Tengah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar