Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polemik 4 MP Sabah Tinggalkan Parti, Hanya Mahkamah Boleh Selesaikan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Dec 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polemik berhubung status empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang meninggalkan parti asal mereka iaitu BERSATU hanya boleh diselesaikan di mahkamah.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, terdapat dua pendapat berbeza daripada pakar akademik dan ahli politik berhubung isu tersebut.

Menurutnya, gugur atau tidak keanggotaan empat Ahli Parlimen GRS berkenaan berdasarkan Akta Anti Lompat Parti hanya boleh diselesaikan di mahkamah.

“Biar mahkamah yang tentukan kedudukan mereka kerana Akta Anti Lompat Parti ini adalah undang-undang yang baru dikuatkuasakan, jadi ia masih kabur kepada semua pihak.

“Tiada jawapan jelas berhubung kedudukan mereka buat masa ini kerana semua pihak ada pandangan masing-masing, jadi mahkamahlah yang perlu tentukan, sekali gus merungkai polemik dalam isu ini,” katanya kepada Getaran.

Terdahulu, media melaporkan pemimpin BERSATU Sabah, termasuk semua wakil rakyatnya mengumumkan keluar daripada parti itu.

Ia termasuk empat Ahli Parlimen iaitu Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dimuktamadkan selepas mereka menimbangkan landskap semasa politik negara, terutama di negeri berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah - Barisan Nasional (GRS-BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ahmad Fauzi berkata, untuk membolehkan mahkamah menentukan ‘loophole’ dalam isu membabitkan empat Ahli Parlimen Sabah tersebut, pihak yang tidak berpuas hati perlu membawa isu itu ke muka pengadilan.

Menurutnya, di negara yang demokrasi ini, mahkamah adalah tempat untuk mentafsir sebarang kekeliruan berhubung sesuatu isu membabitkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila ada akta dan ada pertikaian, jadi inilah datangnya peranan badan kehakiman untuk mentafsir kekeliruan tersebut, namun perlu ada pihak yang membawanya ke mahkamah untuk diselesaikan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berpendapat, keempat-empat Ahli Parlimen yang terlibat pastinya sudah mendapatkan pandangan perundangan sebelum mengambil sebarang keputusan, susulan kewujudan Akta Anti Lompat Parti yang sudah berkuat kuasa.

“Sebelum membuat sebarang tindakan, sudah pasti mereka ada mendapatkan nasihat perundangan kerana mereka tahu implikasi dengan adanya akta tersebut.

“Jadi apabila mereka yakin bahawa GRS diterima keanggotaan sebagai sebuah parti, status mereka sebagai Ahli Parlimen tidak gugur,” katanya.

Sementara itu, pakar perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, penetapan sama ada empat Ahli Parlimen tersebut perlu mengosongkan kerusi Parlimen mereka atau tidak adalah bergantung kepada keputusan Speaker Dewan Rakyat setelah menerima notis daripada mana-mana Ahli Dewan Rakyat.

Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain

Jelas beliau, jika dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 49A, terdapat kesamaran berhubung istilah yang digunakan iaitu melepaskan keanggotaan parti dan berhenti menjadi keanggotaan parti.

“Kesamaran timbul kerana parti itu boleh ditafsirkan sama ada sebuah parti atau pun gabungan parti tetapi tidak dinyatakan sekiranya seseorang itu ahli parti dan partinya menjadi ahli gabungan dan dia bertanding atas nama gabungan.

“Jadi dia tidak jelaskan kedudukan keanggotaan parti itu. Adakah keanggotaan parti yang menamakan atau pun parti yang dia menjadi anggota walaupun parti itu tidak menamakan dia dalam pilihan raya. Jadi ini jadi satu isulah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan juga mensyaratkan di bawah Perkara 49A iaitu jika terdapat notis berlaku kekosongan luar jangka, Speaker terlebih dahulu perlu memastikan kekosongan tersebut.

“Ini peranan Speaker, ada peruntukan dalam Perlembagaan. Jadi jika ada mana-mana parti yang tidak berpuas hati, mereka bolehlah merujuk (isu) kepada mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, keempat-empat Ahli Parlimen tersebut tidak terkesan dengan Akta Anti Lompat Parti memandangkan mereka bertanding atas tiket GRS.

“Saya rasa empat Ahli Parlimen GRS itu bertanding atas tiket GRS. Dia ikut surat watikah. Jadi, bagi saya tiada kesan daripada Akta Anti Lompat Parti,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya jika berlaku keadaan keempat-empat Ahli Parlimen tersebut dikenakan tindakan mengikut akta tersebut, Mohd Azizuddin berpendapat, ia tidak akan menggugat keabsahan kerajaan hari ini.

Menurutnya, keabsahan kerajaan terletak kepada sokongan majoriti yang diperoleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keabsahan kerajaan terletak kepada majoriti yang diperolehi. Empat Ahli Parlimen GRS (tersebut) takkan menggugat keabsahan,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2022

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Sukan 22 jam yang lalu

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Politik 22 jam yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi