web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Pahang, Kelantan Dan Perak Menurun, Johor Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 9:09PM

Mangsa banjir di tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perak menunjukkan penurunan petang ini manakala Johor meningkat kepada 148 orang. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perak menunjukkan penurunan petang ini manakala Johor meningkat kepada 148 orang.

Di Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menurun pada petang ini iaitu 309 mangsa berbanding 387 orang pagi tadi. 

Terdapat hanya sembilan mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kerayong di Bera berbanding 35 orang pagi tadi manakala di Temerloh, jumlah mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan juga menurun kepada 158 orang berbanding 210 mangsa pagi tadi.

Bagaimanapun, keadaan di Pekan tidak berubah apabila 142 mangsa masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara dan setakat ini manakala hanya Sungai Keratong di Rompin melebihi paras bahaya iaitu 11 meter (m) apabila mencatat bacaan 11.16m  petang ini. 

Di Kelantan, seramai 2,014 orang mangsa banjir daripada 634 keluarga di jajahan Pasir Mas masih ditempatkan di tujuh PPS petang ini, menurun daripada 2,018 orang daripada 635 keluarga pagi tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan seramai 712 mangsa berlindung di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (69), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (251) dan SK Sri Kiambang (234).

Di Perak, sejumlah 114 orang daripada 29 keluarga berada di PPS SMK Abd Rahman Talib (SMART) di Hilir Perak; Dewan SK Slim River, Mualim dan Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali di Perak Tengah setakat 4 petang ini, berbanding 147 daripada 39 keluarga pada pagi tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River pula telah ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

Sementara itu, di Johor, Kota Tinggi menjadi daerah kedua terjejas banjir, menjadikan jumlah mangsa bencana itu terus meningkat kepada 148 orang setakat 4 petang ini berbanding 51 orang pagi tadi.

Menurut kenyataan JPBN, seramai 87 penduduk daripada 27 keluarga dari Kampung Baru Sungai Mas dan Taman Desaru Utama, Bandar Penawar di daerah itu mula dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar yang dibuka pada pukul 9.30 pagi.

Di Segamat pula, dua PPS masih dibuka iaitu Balai Raya Kampung Badak yang masih menempatkan seramai 34 mangsa manakala Balai Raya Kampung Kuala Paya menempatkan seramai 27 mangsa, selepas kedua PPS berkenaan dibuka sejak Ahad dan Isnin lepas.

Cuaca di kesemua 10 daerah dilaporkan hujan sejak pagi tadi dan setakat 4.15 petang ini, paras air di Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, masing-masing telah melepasi paras amaran iaitu 19.89 meter dan 9.02 meter. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar