web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Pesan Minta Ahli UMNO Terus Istiqamah, Bangkit Semula - Puad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 8:24PM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan semua ahli parti agar terus istiqamah, tidak risau dan bangkit semula meneruskan perjuangan.

Pesanan tersebut dimaklumkan kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang berkesempatan bertemu Najib di mahkamah di sini, pagi tadi.

Menurut beliau, dalam pertemuan sebelum perbicaraan kes Najib bermula di mahkamah itu, mereka turut berbincang mengenai isu ekonomi dan isu semasa termasuk barisan Kabinet kerajaan perpaduan.

“Alhamdulillah dapat berbual lama dengan Bossku (Najib) di mahkamah. Kebetulan kami berdua datang awal, perbicaraan pula hanya bermula jam 10.15 pagi.

“Melihat wajah Bossku yang segar, saya yakin Bossku akan kembali dan meneruskan perjuangan murni ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu lagi, Najib kelihatan amat ceria dan bersemangat walaupun tubuhnya nampak sedikit susut.

“Dia (Najib) tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit. Bossku mengikuti perkembangan di luar melalui surat khabar yang diperolehinya lewat sehari.

“Ini bermakna dia dapat cerita yang sudah basi dua hari,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, melihat gelagat saksi hari ini, beliau berharap prosiding semakan kehakiman kes SRC International tahun hadapan dapat disiarkan secara langsung atas talian.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya  mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi mantan Perdana Menteri itu dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara , Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

"Adalah dapatan sebulat suara kami bahawa sabitan perayu terhadap semua tujuh pertuduhan adalah selamat dan hukuman tidak keterlaluan.

"Oleh itu rayuan ditolak sebulat suara dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

"Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara)," katanya dalam keputusan setebal 15 muka surat yang dibacakan di dalam mahkamah. – Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad