Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerakyatan Anak Lahir Di Luar Negara: Mahkamah Persekutuan Beri Kebenaran Ibu Merayu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 3:04PM

Family Frontiers serta enam wanita dibenar meneruskan rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita memperoleh kebenaran bagi meneruskan rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim juga membenarkan permohonan kebenaran merayu oleh wanita yang dilahirkan di India, Mahisha Sulaiha Abdul Majeed, yang mahu mendapatkan deklarasi sebagai warganegara Malaysia.

Keputusan itu dibuat selepas Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin dan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi yang masing-masing mewakili kerajaan dalam kes Family Frontier dan Mahisha memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak membantah permohonan kebenaran itu.

Abang Iskandar yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mary Lim Thiam Suan membenarkan permohonan itu membabitkan tiga persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bagi kedua-dua kes.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan permohonan kerajaan untuk memasukkan tiga lagi persoalan undang-undang.

Dalam kes sivil, litigan perlu mendapatkan kebenaran sebelum meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Antara persoalan undang-undang yang dibangkitkan ialah sama ada seseorang yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia di luar Persekutuan adalah warganegara Malaysia mengikut kuat kuasa undang-undang menurut Perkara 14(1)(b) yang dibaca bersama Bahagian II Seksyen 1(b) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Pada 5 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warga Malaysia dengan pasangan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Sept 2021.

Family Frontiers dan enam wanita rakyat Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dengan anak kelahiran luar negara memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, memohon supaya anak mereka berhak mendapat kerakyatan Malaysia.

Mereka juga memohon perintah mahkamah agar semua agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan dokumen berhubung kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Sementara itu dalam kes Mahisha, Mahkamah Rayuan pada hari yang sama, menolak rayuan wanita itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2020 yang menolak saman yang difailkan beliau untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau berhak menjadi warganegara Malaysia.

Mahisha, 25, yang dilahirkan di India, beribukan rakyat Malaysia dan bapa warga India, telah memfailkan samannya melalui saman pemula, menamakan ketua pengarah JPN, menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Pada prosiding hari ini yang berlangsung secara dalam talian, peguam diketuai oleh Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Family Frontier dan enam ibu berkenaan manakala pasukan peguam diketuai Datuk Dr Cyrus Das mewakili Mahisha. 

Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, A. Surendra Ananth, Khoo Suk Chyi dan Wong Ming Yen bertindak sebagai amicus curiae atau sahabat mahkamah bagi Majlis Peguam manakala peguam Tay Kit Hoo sebagai peguam pemerhati bagi pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Peguam Denise Lim sebagai peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Wanita (AWL), Women's Centre for Change (WCC), Sisters in Islam (SIS) dan Justice for Sisters (JFS). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan, Kedudukan Perlembagaan Persekutuan - Sultan Selangor

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Мahkamah Persekutuan Putuskan 16 Kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan Batal, Tidak Sah

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Luar Negara 21 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 15 jam yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi