web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Tarif Elektrik Tak Jejaskan PKS, Orang Awam, Sasar Konglomerat Gergasi - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 1:49PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, kenaikan tarif elektrik tidak akan memberi kesan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerana ia hanya disasarkan untuk golongan kaya serta syarikat multinasional.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet hari ini, beliau memberitahu, maklumat terperinci mengenai kenaikan itu akan diumumkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Subsidi (elektrik) ini tidak akan diberikan kepada konglomerat multinasional gergasi tetapi (hanya) untuk PKS, syarikat pertanian dan pengeluaran makanan dan orang awam. Mereka tidak akan terjejas dengan kenaikan berkenaan.

“Ia juga akan dilakukan secara berperingkat dan munasabah, jadi kita tidak mengganggu pengeluaran dan perancangan perniagaan. Semua maklumat akan diumumkan menteri berkaitan,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan selama ini dibebankan dengan subsidi elektrik berjumlah RM30 bilion setiap tahun, tetapi majoriti penerima manfaat itu adalah golongan konglomerat gergasi dan kaya.

Sehubungan itu, kenaikan tarif elektrik akan dilakukan secara berperingkat oleh Putrajaya, khusus untuk golongan terbabit, bermula dengan syarikat multinasional yang terbabit dalam industri eksport produk ke luar negara.

Tambahnya, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) telah menyerahkan laporan dan saranan berhubung isu kenaikan kos sara hidup yang menyelubungi rakyat, pasca COVID-19.

Berdasarkan laporan itu, Anwar mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menangani isu ketidakseimbangan sektor pasaran pertanian.

“Saya telah mengarahkan FAMA untuk memberi laporan penuh bagi mengatasi masalah ini.

“Sebagai contoh, tahun lalu, ada berlaku masalah besar untuk petani di Cameron Highlands yang terpaksa melupuskan produk mereka kerana berdepan masalah ketiadaan pembeli dan pengangkutan (untuk mengambil dan menghantar pesanan),” katanya, merujuk kepada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu ketika dahulu.

Sementara itu ketika mengulas isu berkaitan politik, Anwar berkata parti dan ketua gabungan seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), WARISAN dan beberapa lain telah menyatakan komitmen untuk menyokong undi percaya yang akan berlangsung di Dewan Rakyat, Isnin depan.

Antara isu lain yang turut dibincangkan aspek berkaitan pelan mitigasi banjir. - Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 6 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam