web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Kanada Ucap Tahniah Kepada Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 6:05PM

Anwar menerima ucapan tahniah daripada Justin Trudeau menerusi panggilan telefon pagi tadi. - Tangkapan layar dari video di Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerima ucapan tahniah daripada pemimpin dunia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.

Terkini, ucapan itu dizahirkan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menerusi panggilan telefon pagi tadi.

Anwar berkata, ketika perbualan mereka, beliau dan pemimpin itu membincangkan potensi kerjasama baharu antara Malaysia serta Kanada dalam pelbagai lapangan, termasuk pendidikan, tenaga boleh diperbaharui dan hubungan sesama insan.

“Kami turut perbaharui komitmen untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Kanada ke tingkat lebih tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Malaysia dan Kanada menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1957.

“(Kerjasama) dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada tahun 2021.

“Manakala nilai pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun kebelakangan adalah RM789 juta,” katanya.

Anwar, 75, secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Sebelumnya, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.

Keputusan tersebut diumumkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.

Menurutnya, ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. – Getaran, 13 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar