web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Samun Bersenjata Di Kedah Tumpas, 2 Penjenayah Ditembak Mati - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 4:05PM

Polis menembak mati dua penjenayah berusia dalam lingkungan 40-an dan 60-an di Gurun, pada 10 Disember lalu. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Beberapa siri kes samun bersenjata di Kedah tumpas selepas dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di Gurun pada 10 Disember.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata dua lelaki berusia lingkungan 60-an dan 40 an yang menaiki kereta jenis Proton Iswara itu cuba melarikan diri dengan memecut laju kenderaan sebelum terdengar bunyi tembakan dan percikan api dari arah pemandu dan penumpang hadapan kereta itu.

Beliau berkata berlaku berbalas tembakan oleh pihak polis untuk mempertahankan diri dan seorang anggota polis terjatuh selepas terkena tembakan yang mengenai ke atas baju kalis peluru dipakainya, namun tidak mengalami kecederaan.  

Wan Hassan Wan Ahmad
Wan Hassan Wan Ahmad

“Jam lebih kurang 11 malam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sedang membuat rondaan pemantauan kes samun di sekitar kawasan Sungai Petani, Jeniang, Sik (daerah Kuala Muda) (dan kemudian) telah bertemu kereta yang dalam keadaan mencurigakan.

“Polis cuba menahan kereta ini tetapi tidak berhenti dan kereta itu telah memecut laju dan kita terpaksa kejar dan memintas kereta tersebut, dalam masa kita cuba memintas kereta tersebut, pihak polis telah mengesan tembakan ataupun percikan api dari kereta itu,” katanya pada sidang media di IPK Kedah di sini hari ini.

Wan Hassan berkata pihak polis turut menjumpai peralatan dipercayai digunakan untuk samun dan pecah rumah seperti parang, pemutar skru dan pedang selain dua pucuk pistol jenis revolver .38.

Beliau berkata suspek yang berusia 60-an itu mempunyai 64 rekod jenayah lampau antaranya rekod kes samun, dadah, kes di bawah Akta Pencegahan Jenayah dan juga dikehendaki polis bersangkut kes samun berkumpulan dan bersenjata manakala lelaki berumur 40-an itu tiada rekod jenayah lampau dikesan.

“Kedua-dua mereka dipercayai bergerak aktif terlibat dalam kes samun bersenjata ini antara Mac dan April tahun ini, dan dua suspek ini dipercayai ada terlibat kes di (bawah) Kontinjen lain yang sedang kita kenal pasti mungkin di Pulau Pinang dan Perlis.

“Jadi, setakat ini dalam 16 ke 20 kes samun yang kita dapat selesaikan ekoran tertumpasnya dua penjenayah ini,” katanya yang turut memberitahu polis percaya terdapat saki baki lagi individu terlibat sama dengan suspek itu dan akan diambil tindakan.

Wan Hassan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad