web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Tak Pakai Rider’ - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 12:30PM

Rafizi berkata beliau tidak akan menggunakan khidmat rider untuk sebarang urusan yang dilakukan di luar tugasan sebagai menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan beliau hanya menggunakan khidmat ‘rider’ atau polis pengiring untuk urusan rasmi sebagai anggota Kabinet.

Beliau berkata, sekiranya urusan dilakukan adalah di luar tugasan rasmi, khidmat rider itu tidak akan digunakannya.

Malah, katanya, beliau hanya memiliki seorang polis pengiring ketika melaksanakan tugasan sebagai menteri.

“Saya tak pakai rider.

“Pengiring hanya seorang dan hanya untuk urusan rasmi sebagai menteri.

“Di luar tugasan rasmi sama macam dulu, saya pergi sorang,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Rafizi berkata demikian bagi menjawab persoalan seorang pengguna, @AKML4BU yang bertanya adakah menteri di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggunakan khidmat polis pengiring.

“Menteri-menteri Kerajaan Perpaduan PMX (Perdana Menteri Ke-10) korang (anda) ni pakai rider (polis pengiring) tak. Hari itu bukan main Rafizi cakap kena stop (berhenti) bagi rider pada selain PM,” soalnya.

Pada masa sama, Timbalan Presiden PKR itu turut menjawab persoalan seorang pengguna yang bertanya adakah penggunaan polis pengiring perlu dimohon setiap kali khidmat mereka diperlukan.

“Sir, boleh tanya tak? Rider menteri kerajaan sebelum ini diaorang (mereka) setiap kali nak kemana-mana kena mohon dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) atau memang rider tu ditugaskan ikut diaorang tanpa perlu mohon,” tanya individu terbabit yang menggunakan nama @azsones itu.

“Saya pun tak tahu. Setakat ini menteri memang tak ada rider hahaha,” balasnya sambil meletakkan emoji ketawa.

Selain itu, Rafizi memberi jaminan bahawa tiada program kementerian yang akan digunakan untuk berkempen meraih undi kerana prestasi sebagai Menteri akan menentukan sama ada mereka diterima atau sebaliknya.

“Insya Allah takkan ada program kementerian yang diguna untuk berkempen dapat undi.

“Prestasi sebagai menteri yang tentukan dapat undi ke tak,” katanya. – Getaran, 12 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad