web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelantikan Anwar Sebagai Perdana Menteri Petanda Baik Untuk Dunia Islam: Akademik Washington

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 9:58AM

Azeem Ibrahim berkata tempoh panjang Anwar memegang jawatan dan kemampuannya melaksanakan tugas dengan cekap sebelum ini, menyaksikannya dihormati di peringkat antarabangsa. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jawatan orang nombor satu kerajaan baru-baru ini, bukan sahaja berita baik bagi negara Asia Tenggara, malah dianggap untuk dunia Islam, menurut seorang ahli akademik antarabangsa terkemuka, Azeem Ibrahim.

Pengarah inisiatif khas di Newlines Institute for Strategy and Policy di Washington itu berkata, ia memandangkan Presiden PKR terbabit memiliki pengalaman kukuh dalam memimpin Malaysia kerana beliau pernah memegang tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada 1990-an.

Dalam komen beliau bertajuk ‘Anwar Ibrahim adalah khabar gembira untuk dunia Islam’, Azeem berkata tempoh panjang Anwar memegang jawatan dan kemampuannya melaksanakan tugas dengan cekap sebelum ini, menyaksikannya dihormati di peringkat antarabangsa.

“Ketika beliau memegang jawatan sebagai ‘ketua ekonomi’ Malaysia, menyaksikan tempoh pertumbuhan dan keyakinan hebat. Ia adalah era Harimau Asia,” kata Azeem menerusi artikel yang diterbitkan dalam Arab News pada Jumaat lalu.

“Bukan sahaja Menteri Kewangan berwibawa, (Anwar Ibrahim) juga membuktikan sejak awal karier politiknya bahawa beliau sebagai seorang Muslim yang mementingkan isu Islam,” katanya.

Pelantikan bersejarah Anwar sebagai Perdana Menteri menjadi tajuk utama berita global, dengan beberapa media ‘menceritakan’ kisah lama sejarah perjuangan beliau dalam politik sebelum diangkat ke jawatan itu.

Akhir bulan lalu, Anwar membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong, selepas lima hari ketidaktentuan kerajaan apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk pentadbiran baharu.

Azeem juga adalah pengarang buku The Rohingyas: Inside Myanmar's Genocide 2017.
Azeem juga adalah pengarang buku The Rohingyas: Inside Myanmar's Genocide 2017.

Azeem menegaskan, sebagai pengasas bersama pergerakan pemuda Islam, iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), cita-cita Anwar dilihat untuk ‘menggabungkan kebimbangan dan kepedulian terhadap golongan miskin serta berlandaskan visi Islam yang jelas’.

Beliau juga berkata, politik Anwar dibentuk dalam visi Islam berbilang kaum, kesedaran global dan menunjukkan beliau sememangnya seorang ‘Melayu dan Islam yang berbangga dengannya’.

“Berbeza dengan Islamisme transnasional, Anwar Ibrahim memihak kepada kemajuan sosial dalam negara bangsa. Visinya untuk Malaysia menyaksikan beliau mengambil tempatnya dalam masyarakat Islam dan dunia yang lebih luas,” kata Azeem yang turut mengarang buku bertajuk The Rohingyas: Inside Myanmar's Genocide 2017.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri akan penuh dengan cabaran.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Pelantikan Anwar itu secara peribadi, katanya, dilihat sebagai ‘tidak mungkin, malah mustahil, selama lebih dua dekad perjuangan pemimpin terbabit’.

Pada masa sama, sebagai Perdana menteri, Azeem memberi amaran kepada Anwar bahawa beliau akan mengemudi Malaysia dalam krisis ekonomi global, dengan China mengalami kelembapan berterusan dan Amerika Syarikat (AS) serta Eropah berada di ambang kemelesetan, seterusnya akan menekan pertumbuhan banyak negara.

“Semua ini akan menjadi teras kepada rancangan masa depan Anwar kerana Malaysia mempunyai banyak masalah. Ia adalah masyarakat korup di mana kedaulatan undang-undang adalah prinsip yang tidak konsisten."

Azeem memerhatikan bahawa sejak sekian lama, Malaysia ditadbir ‘barisan Perdana Menteri yang mempunyai rasa politik ‘Byzantine’ disertai keinginan kekayaan dan kemewahan’.

Azeem menegaskan, sekiranya Anwar berjaya dalam usaha membina semula ekonomi negara terjejas dan menyatukan masyarakat berpecah-belah, beliau yakin Malaysia ‘boleh menjadi mercu tanda bagi rantau ini dan dunia Islam lebih luas’, iaitu sebuah negara yang pulih daripada tadbir urus, ketamakan, moral lemah, rasuah, selain berusaha melalui inisiatif sendiri untuk membina masa depan lebih cerah untuk rakyatnya. – The Vibes, 12 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar