web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Gesa Penjawat Awam Budayakan Nilai Murni Bersih, Cekap Dan Amanah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 9:13AM

Anwar berkata kerajaan pimpinan beliau juga memerlukan perubahan demi mengembalikan semula kegemilangan ekonomi, kestabilan dan disiplin mantap yang pernah dicapai negara suatu ketika dahulu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kerajaan memerlukan perkhidmatan awam yang profesional, jujur, amanah dan cekap dalam membantu membuat serta melaksanakan dasar-dasarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan pimpinan beliau juga memerlukan perubahan demi mengembalikan semula kegemilangan ekonomi, kestabilan dan disiplin mantap yang pernah dicapai negara suatu ketika dahulu.

“Saya menggesa semua Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang masih berkhidmat membudayakan nilai-nilai murni bersih, cekap dan amanah.

“Kerajaan juga memerlukan anggota perkhidmatan awam yang dapat menukar pendekatan pengurusan agar selaras dengan budaya yang hendak diamalkan oleh kerajaan semasa iaitu akauntabiliti, ketelusan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti,” katanya pada Majlis Jamuan Makan Malam PTD di sini malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar turut meminta penjawat awam menukar hala tuju dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta meninggalkan cara lama berpandukan amalan menurut perintah tanpa melihat kepada peraturan sepatutnya.

“Pada asasnya, ini selaras dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang. Dalam konteks yang sama, saya sedar betapa pentingnya persefahaman dan kerjasama yang baik di antara anggota perkhidmatan awam dan anggota pentadbiran diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata proses perubahan dimaksudkan memerlukan pengukuhan institusi sedia ada seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang mesti menjalankan program latihan dan kajian bagi memudahkan perjalanan proses diperlukan. 

Majlis Makan Malam PTD: 100 Tahun Menabur Bakti diadakan bagi menyambut ulang tahun ke-100 penubuhan Malayan Civil Service yang kini dikenali sebagai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Shafiq Abdullah dan Presiden Persatuan Alumni PTD Tan Sri Abdul Halim Ali. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek