web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Fokus Perangi Rasuah, Jaga Kestabilan Politik, Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 8:00PM

SPRM sewajarnya mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pelantikan atau pemecatan pegawai SPRM, selain bersifat autonomi dan mempunyai peruntukan khas sendiri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan digesa memperkasa peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah suruhanjaya yang unggul dan diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen. 

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, SPRM sewajarnya mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pelantikan atau pemecatan pegawai SPRM, selain bersifat autonomi dan mempunyai peruntukan khas sendiri.

Menurut beliau, pihaknya mengharapkan agar hak SPRM tidak diganggu gugat oleh kemasukan ‘orang luar’ yang bukan dalam bidang dan pengalaman berkaitan. 

"MCW turut mencadangkan pemerkasaan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan dijadikan sebagai Institut Antirasuah dan Governans.

"Pada masa sama, negara perlu mempunyai undang-undang yang jelas bagi menampung pelbagai kelompongan dan memastikan perbicaraan di mahkamah berjalan lancar tanpa sebarang halangan," katanya hari ini. 

Mengulas lanjut Jais berkata, Rang Undang-Undang (RUU) yang perlu disegerakan adalah Akta Pendanaan Parti Politik.

“Kajian khas ke atas beberapa akta lain juga perlu dilakukan agar tidak terjadinya 'shortfall' hingga menyebabkan kes tidak dapat diteruskan,” katanya.

Tegas beliau, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ini berdepan tugas besar dan perlu menawarkan pelbagai idea penambahbaikan.

"Reformasi perundangan melibatkan tadbir urus politik yang akan digubal perlulah mengambil kira pandangan pelbagai pihak, terutamanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara dan badan antarabangsa berkelayakan.

"Pemisahan pejabat pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara adalah wajar dan ini merupakan langkah permulaan terbaik,” katanya.

Beliau menarik perhatian, hukuman sebat dan penjara seumur hidup kepada pesalah rasuah perlu diperkenal pada kadar segera. 

“Perundangan khas berkenaan perlindungan aset negara, ketirisan dan masalah kartel juga perlu diberikan keutamaan," katanya. 

Jais memberitahu, terdapat keperluan untuk kerajaan perpaduan meneliti aganesi penguatkuasaan dan penawaran lesen dengan terperinci kerana ia adalah lubuk utama perbuatan rasuah. 

"Institusi Kehakiman mesti bersih agar rakyat mempunyai persepsi yang tepat, terutamanya dalam kualiti penghujahan dan ketelusan fakta.

“Memandangkan konteks dan bentuk jenayah bertambah sofistikated, latihan serta kompitensi pegawai perlu dipertingkatkan. Proses pengambilan pegawai mesti ditambah baik,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 22 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

3

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

4

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad