web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengku Zafrul Dahului 104 Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Negeri Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 8:51AM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendahului senarai 104 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Tengku Zafrul antara dua penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran Datuk Setia.

Sepuluh penerima dikurniakan Darjah Kebesaran-Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk bagi ahli lelaki dan Datin Paduka bagi ahli wanita antaranya Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar dan Duta Besar Malaysia ke Jepun Shahril Effendi Abd Ghany.

Turut menerima Darjah Kebesaran D.P.M.S adalah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman, Penasihat Undang-Undang Selangor Datuk Salim Soib@ Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Azizul Azmi Adnan.

Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang turut membawa gelaran Datuk  bagi ahli lelaki dan Datin Paduka bagi ahli wanita, dikurniakan kepada 11 individu antaranya Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management Ramli Mohd Tahir.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran-Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 19 penerima yang tidak membawa apa-apa gelaran antaranya Timbalan Panglima 10 Briged (PARA) Kolonel Khairul Anwar Soib, Pengarah Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Laut Kepten Jamsari Tahir dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ACP Ahmad Jefferi Abdullah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Nor Aziah Jaafar dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Zalinah Said adalah antara 19 individu terpilih untuk dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).

Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Johan Tilawah (Qariah) Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 2022 Sofizah Mousin dan Johan Tilawah (Qariah) MTHQA 2019 Nor Farhatul Fairuzah Panut termasuk antara 17 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).

Sebanyak 15 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) manakala tiga pemenang pingat emas Sukan SEA 2022 turut dikurniakan Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B. K. S.) iaitu atlet karate R Sharmendran dan C Shahmalarani serta atlef golf Marcus Lim Pang Chuen.

Tujuh individu turut dikurniakan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) sempena ulang tahun keputeraan baginda.

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat tersebut dilaksanakan di Istana Alam Syah, Klang dekat sini sekitar 8 pagi hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

2

Semasa 4 tahun yang lalu

87 Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad