web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPWKM: Fokus Perkasa Penglibatan Wanita Dalam Politik - Aiman Athira

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 7:00AM

Aiman Athirah Sabu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemerkasaan penglibatan wanita dalam bidang politik antara yang akan diberi keutamaan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Timbalan Menterinya yang baharu dilantik Aiman Athirah Sabu berpandangan, terdapat kemajuan dalam pelantikan beberapa wanita sebagai menteri dan timbalan menteri dalam  barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, namun lebih ruang harus diberikan kepada golongan wanita.

“Sasaran sebanyak 30 peratus penglibatan wanita dalam politik merupakan sebuah idea yang dicetus sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun sampai sekarang di peringkat menteri dan timbalan menteri (penglibatan wanita) masih tidak cukup.

“Oleh itu, tugas dan tanggungjawab kami di KPWKM adalah untuk memikirkan cara meningkatkan lagi penglibatan wanita dalam politik, sama ada penambahan program pemerkasaan atau perubahan dasar dan sistem yang diperlukan untuk menyokong idea tersebut,” katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan hasrat memfokuskan penyelesaian isu masyarakat melalui KPWKM, antaranya isu kemiskinan yang boleh menyebabkan sistem kekeluargaan tidak dapat berkembang dengan baik.

Terdahulu, Aiman Athirah beserta 26 timbalan menteri yang lain mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.

Beliau merupakan antara muka baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar