web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketirisan Data Peribadi, Kerajaan Pandang Serius Serangan Siber Terhadap AirAsia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 8:33PM

Serangan terhadap sistem pelayan AirAsia berlaku 12 November lalu, yang berpunca daripada akses tanpa kebenaran sehingga mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan awal Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital atas ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia akibat digodam mendapati, serangan berpunca daripada akses tanpa kebenaran.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, serangan terhadap sistem pelayan syarikat gergasi tersebut berlaku 12 November lalu, yang berpunca daripada akses tanpa kebenaran sehingga mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware).

Menurut beliau, tindakan tidak bertanggungjawab itu berpotensi menyebabkan kebocoran data.

“Kementerian Komunikasi dan Digital mengambil serius dakwaan berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia, akibat digodam kumpulan yang dikenali sebagai Daixin.

“Sehubungan itu, Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) pada 1 Disember lalu telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan bersama pengurusan Capital A yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia,” katanya hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada perbincangan tersebut, Capital A telah diarahkan untuk mengemukakan dokumen keterangan berserta bukti data berkomputer, berkaitan siasatan kes.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca pencerobohan dan impak keseluruhan insiden,” katanya.

Ketua Penerangan PKR itu bagaimanapun berkata, siasatan terperinci berhubung kes berkenaan tidak dapat didedahkan kepada umum buat sementara waktu.

Menurutnya, ia antara lain untuk mengelakkan sebarang implikasi perundangan serta mengganggu siasatan pihak berkuasa.

“Saya menggesa semua Pengguna Data sentiasa memantau dan mempertingkat aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa dengan memastikan infrastruktur sistem, pangkalan data serta rangkaian dikemas kini dan berada dalam keadaan selamat. 

“Selain daripada itu, Pengguna Data hendaklah menggariskan polisi keselamatan siber dan memastikan polisi tersebut dipatuhi sebagai langkah bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. - Getaran, 10 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad