web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


104 Individu Terima Darjah, Bintang Kebesaran Selangor Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 9:52AM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seramai 104 individu menerima Darjah dan Bintang serta Pingat Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim menerusi kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 24 individu menerima Darjah dan Bintang Kebesaran yang membawa gelaran manakala 80 lagi tanpa membawa gelaran.

Haris berkata daripada 24 penerima berkenaan, dua individu menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka Seri’ bagi wanita.

“Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Setia’ pula dianugerahkan kepada seorang penerima manakala 10 individu menerima Darjah Kebesaran - Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

“Seramai 11 individu lain pula menerima Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang turut membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Haris berkata kerajaan negeri menerima 2,535 permohonan tahun ini dan daripada jumlah itu, 999 ialah permohonan pencalonan bagi Darjah dan Bintang Kebesaran manakala 1,536 pencalonan untuk Pingat-Pingat Negeri Selangor.

“Semua calon telah melepasi tapisan Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

2

Semasa 2 tahun yang lalu

33 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah 2024

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Kesan Mangsa Sindiket Darjah Kebesaran Palsu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad