Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tiada ‘Gelombang Hijau’ Daripada PN, Hanya Integriti - Wan Saiful

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 12:09PM

Wan Saiful Wan Jan menolak kebimbangan mengenai gelombang hijau atau kebangkitan Islam susulan kemenangan mengejut PAS di bawah PN pada PRU-15 lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan menepis kebimbangan mengenai “gelombang hijau” atau kebangkitan Islam berikutan kemenangan mengejutkan PAS di bawah Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menerusi rancangan Consider This 2022 di Astro Awani berkata, pengundi baharu telah mengundi ‘berdasarkan integriti’ dan bukan kerana mereka mahu menyokong parti Melayu.

“Saya tidak bersetuju bahawa ini adalah gelombang hijau atau kebangkitan Islam.

“Ini adalah gelombang integriti. Orang ramai berkata cukup dengan rasuah, pembohongan dan cerita yang kita lihat selama bertahun-tahun, mari kita sokong parti baharu dalam bentuk PN,” katanya dalam video temubual itu yang turut dikongsi di Facebook milik beliau.

Beliau berkata, PN sentiasa berpegang kepada prinsip tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) kerana pemimpinnya yang menghadapi kes mahkamah, dan juga konsisten menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana DAP.

Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail
Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Wan Saiful turut bersetuju dengan soalan mengenai kebangkitan politik Islam di negara ini, dan berkata walaupun ia “menjadi lebih popular sekarang, ia juga adalah versi politik Islam yang lebih sederhana".

“Politik Islam sentiasa wujud di negara ini...perbahasan berterusan sejak wujudnya Hizbur Muslimin, sebelum menjadi PAS,” katanya.

Namun apabila ditanya mengenai peningkatan retorik kaum dan agama sejak PRU-15 dan berapa banyak daripadanya datang daripada PAS, Wan Saiful bagaimanapun tidak bersetuju mengenainya.

“Orang dalam PAS dan PN bercakap perkara yang kita perkatakan selama berbulan-bulan.

“Apa yang berubah ialah pihak BN dan PH cuba melabelkan perbualan itu sebagai perpecahan etnik.

"Berhenti menjadikan perbualan ini sebagai perdebatan perkauman, mari kita tumpukan perbualan pada ideologi," katanya.

Beliau menggelar PN dan dirinya sebagai "tengah-kanan" dalam ideologi politik sambil melabelkan PH dan BN kini sebagai "idea kiri" yang "berasal daripada keluarga sosialis".

“Setiap kali kita bangkitkan itu, mereka berkata, ahhh, ini perkauman, ini Islamik.

"Kami mengatakan bahawa kami tidak akan bekerja dengan kleptokrat, jadi berhenti mengatakan kami rasis, sebaliknya, mengapa anda bekerja dengan kleptokrat?” soalnya.

Beliau juga membidas penyokong PH di kawasan bandar, seperti mereka yang berada di kawasan ‘Bangsar Bubble’.

“Saya benar-benar terkejut betapa cepatnya kesetiaan ‘Bangsar Bubble’ bertukar daripada membenci kelompok mahkamah kepada memeluk mereka sekarang. Kita perlu lebih berprinsip di negara ini,” katanya.

Wan Saiful juga mendakwa bahawa keretakan sudah muncul dalam kerajaan perpaduan pimpinan PH kerana individu tertentu dari parti kerajaan telah mendekatinya untuk "berbincang".

“Malah malam tadi, beberapa orang daripada gabungan itu dalam kerajaan sudah cuba memulakan perbincangan. Saya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut, tetapi saya boleh katakan keretakan sudah muncul dalam kerajaan ini.

"Kita perlu ingat dengan siapa kerajaan ini bekerjasama, orang yang cuba lari daripada kes mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, PH tidak berprinsip kerana sanggup bekerjasama dengan ‘kluster mahkamah’ UMNO dan meletakkan ‘ketua utama kluster mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri’, merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang masih menghadapi 47 pertuduhan rasuah di mahkamah.

Pada masa yang sama, beliau berkata, UMNO mempunyai ‘rekod prestasi tidak memenuhi perjanjian mereka’.

Ditanya sama ada ada perkara yang boleh menjejaskan undi percaya terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri apabila Parlimen bersidang pada 19 dan 20 Disember ini, Wan Saiful berkata, ancaman itu secara dalaman, daripada parti dalam kerajaan.

"Bukan daripada PN, kerana kami tegas menjadi pembangkang," katanya.

Beliau juga berkata, PN akan membentuk Kabinet bayangannya tidak lama lagi, dan kepimpinan juga akan mengumumkan nama Ketua Pembangkang gabungan itu.

Pada PRU-15, PN memenangi 74 kerusi Parlimen, menjadikannya blok kedua terbesar di Parlimen selepas PH yang memenangi 82 kerusi.

Daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen PN, PAS memperolehi 44, lebih dua kali ganda prestasi parti itu pada PRU 2018. – The Vibes, 9 Disember 2022

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Luar Negara 9 jam yang lalu

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Sukan 9 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Sukan 20 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber