Berita Terkini

4 jam yang lalu: Shamala letak jawatan Timbalan Presiden MHC 6 jam yang lalu: Peruntukan mengenai sebarang perolehan aset baharu hanya diketahui ketika Belanjawan 2023 6 jam yang lalu: Penyerang Colombia berusia 34 tahun, taruhan terbaharu Selangor FC 6 jam yang lalu: Risiko banjir kilat di 3 negeri dalam tempoh 12 jam 6 jam yang lalu: Kerajaan luluskan peruntukan RM10.5 juta serta merta untuk bina tiga pam air dan rumah pam di Mersing bagi atasi masalah banjir - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Abdul Azeez Bebas 9 Tuduhan Rasuah, Penggubahan Wang Haram

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 11:04AM

Abdul Azeez Abdul Rahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid membebaskan Abdul Azeez selaku pemohon selepas membenarkan notis usul difailkan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.

"Memandangkan tiada bantahan daripada pihak pendakwaan, permohonan notis usul itu dibenarkan. Pemohon kini dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu," kata Azhar.

Pada 23 September lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan (DNAA) Abdul Azeez daripada kesemua pertuduhan itu selepas pendakwaan memohon agar beliau DNAA mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah atas alasan representasi yang dikemukakan Abdul Azeez telah dipertimbangkan oleh pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Terdahulu, Amer Hamzah memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya menerima surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 26 Oktober lepas yang menyatakan bahawa siasatan oleh agensi itu telah selesai dan kesemua aset yang dirampas telah dipulangkan kepada Abdul Azeez.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim pula berkata pihaknya tidak membantah terhadap notis usul, yang difailkan pada 1 Disember lepas, agar pemohon dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan tersebut.

Abdul Azeez, 55, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan enam pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM972,414.60 berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah. Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di lima bank di ibu negara antara 6 September 2010 dan 10 April 2018.

Abdul Azeez dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 28(1)(c) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pada 5 September lepas, Abdul Azeez gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya. 

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menolak rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan sembilan pertuduhan selepas memutuskan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau tidak cacat dan memerintahkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen diteruskan.

Bagaimanapun panel tersebut membenarkan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagi membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan kes itu bermula 19 Ogos 2020 dengan tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan. - Bernama

Sorotan

1

Digantung UMNO: Hishammuddin Luah Rasa, ‘Kezaliman Mereka Tidak Akan Menghapuskan Kebaikan Kita’

2

‘Saya Rela Dipecat Kerana Tak Mahu Bersekongkol Dengan Pemimpin Menguburkan UMNO’ - Noh

3

Dipecat Keahlian UMNO: ‘Saya Tak Kecewa…’ - Khairy

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Persekutuan Setuju Salur Dana Baik Pulih IPK Sarawak - Fadillah

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rakyat Malaysia Maut Selepas Bot Dinaiki Terbalik Di Krabi

Politik 4 jam yang lalu

‘Ini Bukanlah Pengakhiran, Tetapi Permulaan Baharu’ – Hishammuddin

oleh Susan Albert

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Pecat Noh Omar Dalam ‘Pembersihan Parti Besar-Besaran’

oleh Amar Shah Mohsen