web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAS Arah Kontena Bawa ‘E-Waste’ Dihantar Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 7:25PM

Kontena tersebut dipenuhi buangan sekerap daripada papan litar tercetak (PCB), pemacu cakera dalaman, CPU dan lain-lain komponen elektronik. - Gambar ihsan JAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang hari ini mengarahkan sebuah kontena membawa sisa elektrik dan elektronik dari Amerika Syarikat yang tiba di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth (NBCT) di sini, dihantar pulang ke negara asal.

Pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya bersama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) menjalankan pemeriksaan ke atas kontena itu kerana disyaki membuat pengisytiharan tidak benar iaitu muatan diikrar sebagai ‘aluminium aloy’.

“Selepas pemeriksaan mendapati terdapat 38 kayu palet di dalam kontena 12.2 meter (40 kaki) yang dimuatkan dengan buangan sekerap daripada papan litar tercetak (PCB), pemacu cakera dalaman, CPU (unit pemprosesan pusat) dan lain-lain komponen elektronik yang dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW 110 (e-waste) Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sehubungan itu, satu Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan kepada pengimport yang beralamat di Klang, Selangor untuk pemulangan kontena tersebut ke negara asal dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mahkamah menurut Seksyen 34B akta sama.

Sharifah Zakiah berkata pihaknya turut membuat persampelan bahan bukti.

“Pengimportan haram buangan elektrik dan elektronik atau e-waste dari luar negara adalah menyalahi undang-undang dan konvensyen antarabangsa (Konvensyen Basel).

“Pelupusan dan pemprosesan secara haram boleh memberikan implikasi negatif kepada alam sekitar serta kesihatan terutama apabila majoritinya mungkin dihantar ke premis-premis tidak berlesen untuk dibuat pemprosesan secara haram atau lebih buruk jika dilupus secara dibakar atau ditanam,” katanya dan menambah sisa elektrik dan elektronik yang dihasilkan di Malaysia diproses di premis yang dilesenkan oleh JAS sahaja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bawa Kontena Israel, Treler Dari Thailand Diarah Berpatah Balik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dua Mangsa Rentung, Kereta Bertembung Lori Kontena

4

Semasa 3 tahun yang lalu

3 Kru MT Pablo Tidak Ditemui Dalam Kapal

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad