web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan LRT Kelana Jaya Dijangka Pulih Suku Ketiga Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 1:27PM

Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media menjelaskan, pada ketika ini, hanya 38 daripada keseluruhan 56 set tren beroperasi, dengan baki 18 set sedang dalam penyelenggaraan - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penumpang yang menggunakan Aliran Transit Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya boleh menjangkakan gangguan perkhidmatan itu sehingga suku ketiga tahun depan (S3 2023).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media menjelaskan, ia kerana pada ketika ini, hanya 38 daripada keseluruhan 56 set tren beroperasi, dengan baki 18 set sedang dalam penyelenggaraan.

Katanya, ini memaksa kekerapan tren pada waktu puncak setiap lima minit berbanding hanya selang tiga minit yang disasarkan bagi setiap tren.

Loke memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan tren berkenaan hanya akan siap sepenuhnya menjelang suku ketiga 2023, walaupun ada yang dijangka kembali beroperasi lebih awal.

Selain itu, beliau berkata, Prasarana Malaysia Bhd juga sudah membuat tempahan untuk 19 unit baharu set tren empat gerabak, dengan unit pertama mula beroperasi pada Ogos tahun depan.

“Saya memohon maaf kerana untuk beberapa bulan akan datang, masih terdapat gangguan kepada perkhidmatan itu dari semasa ke semasa.

“Semoga perkhidmatan akan lebih stabil menjelang suku ketiga 2023. Saya ingin memberikan komitmen bahawa saya memberi perhatian serius terhadap isu laluan Kelana Jaya dan saya akan memantaunya secara peribadi,” katanya. – The Vibes, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad