web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Najib Ditolak, Sri Ram Kekal Ketuai Pasukan Pendakwaan Kes Pinda Laporan Audit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 8:14PM

Kenderaan yang membawa Najib ke mahkamah hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Seri Najib Razak.

Ini selepas bekas Perdana Menteri berusia 69 tahun itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan hari ini bagi melucutkan kelayakan Sri Ram daripada terus bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan dan mewakili pihak pendakwa raya bagi kes itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan Najib hari ini serta memutuskan bahawa tiada bukti berat sebelah di pihak Sri Ram berikutan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya kanan.

Dalam keputusan sebulat suara, Ong yang mengetuai panel itu berkata mahkamah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa tiada bukti yang menunjukkan Sri Ram telah mengambil bahagian dalam proses siasatan dan menjalankan siasatan dalam kes 1MDB yang dihadapi Najib.

“Kami tidak fikir Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah melakukan kesilapan undang-undang yang membenarkan campur tangan rayuan,” kata hakim  itu yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Ong berkata mahkamah-mahkamah itu mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk melucutkan kelayakan seorang peguam daripada bertindak sebagai timbalan pendakwa raya dalam mana-mana kes jenayah.

Najib telah memohon untuk melucutkan kelayakan Sri Ram dalam perbicaraan kes meminda laporan audit yang dihadapinya, memohon pengisytiharan bahawa terdapat konflik kepentingan antara pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dan amalan guamannya.

Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa Sri Ram telah bertindak bercanggah dengan kepentingan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya kanan, berat sebelah dan mempunyai tanggapan awal dan tentuan awal tentang kesalahan Najib walaupun sebelum didakwa secara rasmi di mana-mana mahkamah.

Dalam permohonannya, beliau juga mahu satu perintah supaya Sri Ram juga dilucutkan kelayakan daripada terus bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan atau mewakili pihak pendakwa raya dalam kes jenayahnya yang lain, berkaitan 1MDB.

Perbicaraan lain berkaitan 1MDB terhadap Najib yang masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah kes 1MDB, pecah amanah melibatkan pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) serta pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM2.6 bilion yang dikaitkan kepada kes 1MDB.

Pada 15 Februari lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Najib dan beliau juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 September.

Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Januari tahun depan untuk memberikan keputusannya sama ada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dibebaskan atau diperintah membela diri berhubung kes meminda laporan audit itu.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan tersebut untuk melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala pasukan pendakwaan diketuai  Sri Ram. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad