web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 7:19PM

Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - PLUS Malaysia Bhd (PLUS) memaklumkan Jambatan Pulau Pinang, di sini akan ditutup sementara sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) pada Ahad ini bermula dari 12 tengah malam sehingga 10 pagi.

PLUS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara larian itu.

“Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan,” menurut kenyataan itu.

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya serta mereka boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

PBIM acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung membuat kemunculan semula dengan larian fizikal tahun ini selepas berehat selama dua tahun dan difahamkan seramai 26,000 peserta telah mendaftar.

Kategori perlumbaan termasuk Maraton Penuh (42km), Separuh Maraton (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Konvoi Tu Boleh, Tapi Jangan Halang Orang Lain

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

4

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

5

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

6

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad