web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan 46 Ejen Bookie Judi Piala Dunia Qatar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 3:51PM

Polis menahan 46 lelaki dipercayai ejen bookie perjudian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dalam Op Soga di Johor, setakat semalam. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan 46 lelaki dipercayai ejen bookie perjudian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dengan nilai had kredit taruhan mencecah RM6.317 juta menerusi Op Soga IX di seluruh Johor setakat semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua lelaki berusia antara 18 hingga 72 tahun itu ditahan dalam 45 serbuan yang dilakukan sejak 21 Nov lepas.

“Polis turut merampas wang tunai RM34,303, dolar Singapura SGD$500, 48 telefon bimbit berserta kad sim dan sebuah buku catatan pertaruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejayaan operasi itu adalah berdasarkan hasil risikan serta maklumat yang disalurkan daripada orang awam.

Katanya kesemua lelaki berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 6 (3), Seksyen 6 (1) dan Seksyen 4 (1) (d) Akta Pertaruhan 1953.

Kamarul Zaman berkata fokus utama Op Soga IX adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan pertaruhan sempena kejohanan Piala Dunia bagi memberkas individu yang bertindak sebagai bookie atau ‘punter’ selain menyerbu tempat yang dijadikan lokasi perjudian.

Beliau menyeru semua pihak supaya menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan perjudian ke balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johor di talian 07-221 2999 atau 07-225 4677. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam