web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SRC: Hakim Bicara Tidak Berat Sebelah, Tidak Wujud Ketidakadilan - TPR

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 3:52PM

Najib hadir di mahkamah bagi prosiding rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan dana SRC International sebanyak RM42 juta. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Tiada kerugian bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali hanya memberikan poin utama apabila beliau mengarahkan bekas perdana menteri itu membela diri, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk V. Sithambaram menjelaskan di bawah undang-undang, hakim bicara tidak perlu memberi alasan dalam keputusan lisannya apabila mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie dan memerintahkan tertuduh membela diri.

“Pendapat yang menyatakan perayu (Najib) telah  diprejudis kerana tidak dapat membentangkan pembelaannya dengan betul atau mengemukakan alasan yang hilang itu, adalah tidak berasas.

“Dihujahkan bahawa ketidakadilan tidak berlaku kerana semua aturan prosedur dan bukti telah diikuti dalam perbicaraan ini,” katanya.

Sithambaram berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Turut bersidang Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

“Yang Arif, tugas pihak pembelaan adalah untuk menjawab keseluruhan kes pendakwaan dan bukannya menangkis penemuan prima facie hakim bicara,” kata Sithambaram.

Beliau menegaskan memerintahkan tertuduh membela diri berdasarkan keputusan lisan bukanlah penghakiman.

“Tidak wujud dua penghakiman, tetapi hanya satu apabila tertuduh sama ada dibebaskan atau disabitkan dengan pertuduhan jenayah,” katanya sambil menambah dakwaan pembelaan bahawa tertuduh dinafikan perbicaraan yang adil adalah satu hujah yang terdesak.

Sithambaram berkata jika hujah pembelaan diterima, tiada hakim bicara pada masa akan datang yang akan memberi alasan secara lisan atau bertulis untuk memerintahkan tertuduh membela diri.

“Dalam kes kami, hakim bicara memberikan poin penting untuk memerintahkan Najib membela diri bagi kesemua pertuduhan, walaupun beliau tidak dikehendaki berbuat demikian. Ia adalah bonus bagi pihak pembelaan untuk mendapat beberapa poin bagi pembelaan Najib, tetapi mereka tetap merungut,” kata Sithambaram sambil menambah sebagai peguam, beliau akan gembira jika mendapat petunjuk mengapa anak guamnya perlu membela diri.

Sithambaram berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyalahgunaan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan CBT, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Pendengaran rayuan itu bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Mohon DNAA, Kes SRC RM27 Juta Lebih 5 Tahun Tergantung

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Hakim Baharu Dengar Bicara Kes Najib Ubah Wang SRC RM27 Juta

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Peguam Shafee Ketuai Permohonan Semakan, Pengurusan Kes SRC Najib Pada 21 Oktober

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tarik Diri Tak Dibenarkan, Hisyam Perlu Kendalikan Rayuan Akhir Najib

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad