web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LRT Tergendala Lagi, Pengguna Kecewa Kejadian Sama Berulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 11:00AM

Gangguan terbaharu itu menyebabkan berlaku kelewatan di beberapa stesen LRT sehingga mengundang kemarahan pengguna pengangkutan awam itu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas berulang kali mengalami gangguan sejak beberapa bulan lalu, perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya sekali lagi tergendala pagi ini.

Gangguan terbaharu itu menyebabkan berlaku kelewatan di beberapa stesen LRT sehingga mengundang kemarahan pengguna pengangkutan awam itu.

Rapid KL menerusi kemas kini di Twitter pada jam 7.35 pagi memaklumkan, kelewatan berlaku disebabkan gangguan isyarat tren di laluan terbabit.

Justeru katanya, jangkaan kekerapan 15 minit di beberapa stesen antara Gombak dan KLCC disebabkan kerja baik pulih sedang dijalankan di laluan berkenaan.

“Tren akan dibawa secara manual di kawasan terlibat. Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Bagaimanapun Rapid KL menerusi kemas kini pada 7.56 pagi di Twitter memaklumkan, kerja baik pulih di laluan terlibat berjaya diselesaikan.

Malah pihaknya berkata, isyarat tren kembali normal dengan jadual perjalanan diselaraskan dan kekerapan dijangka pulih dalam masa 10 minit.

Terdahulu, pengguna Twitter berkongsi foto orang ramai beratur panjang menunggu ketibaan tren di beberapa stesen LRT di laluan terjejas.

Antaranya, @JashellaNair yang berkongsi tiga keping gambar situasi kesesakan di stesen Pasar Seni dan meluahkan kekecewaannya terhadap perkhidmatan LRT di negara ini.

Dia turut meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi menyelesaikan kesulitan yang berlaku.

“Ia menjadi lebih teruk hari demi hari. @anthonyloke tolong buat sesuatu dengan kadar segera,” katanya.

Seorang lagi pengguna @AbolqazCTG turut memuat naik foto orang ramai beratur menunggu tren dengan ciapan "Apa-apa perubahan dalam politik negara sekali pun, LRT masih rosak pagi-pagi".

Sementara itu, seorang pengguna Twitter @fadzlirazali4 turut mempersoalkan tindakan Rapid KL tidak melakukan hebahan di dalam tren bagi membolehkan mereka mencari alternatif lain.

“Admin (Rapid KL), kenapa tak buat pengumuman dalam tren pasal ada gangguan? Kalau laluan LRT Kelana Jaya ada isu, kalau buat pengumuman dalam Ampang/MRT/Monorel Line bolehlah plan nak transit mana. Ni turun MJ penuh lautan manusian baru tahu ada isu #bendabasickot,” katanya.

Kelmarin, Loke turun padang meninjau sendiri situasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pada waktu puncak walaupun belum memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Pengangkutan.

Beliau mendedahkan tidak memaklumkan perkara itu kepada PRASARANA dan media kerana ingin merasai sendiri keadaan dialami penumpang setiap hari.

Memahami kesulitan dialami penumpang, Loke berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini untuk membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam.

Sebelum ini, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya terpaksa dihentikan operasinya selama seminggu bermula 9 November lalu kerana kerap mengalami gangguan.

Penggantungan perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park ketika itu terpaksa dilakukan selepas operasi tren berkenaan mengalami gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC) yang dikhuatiri boleh membahayakan penumpang. – Getaran, 7 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad