Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Segerakan Projek Tebatan Banjir Bukan Kesalahan Dari Segi Perolehan - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 4:22PM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti tahu bahawa tidak menjadi satu kesalahan daripada segi perolehan untuk menyegerakan projek tebatan banjir.

Mantan Menteri Alam Sekitar dan Air,  Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun rundingan dilakukan secara terus namun prosedur kewangannya masih dikawal selia dengan teliti dan ketat.

Menurut beliau, Anwar tidak sewajarnya menganggap semua projek melalui tender rundingan terus dilakukan secara tidak teratur dan mempunyai unsur mengambil kesempatan.

“Sebagai Menteri Kewangan, saya yakin beliau (Anwar) mengetahui bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan bukanlah satu kesalahan perolehan.

“Selain KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air), semua proses kawal selia prosedur kewangan mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya hari ini.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan hari ini mengarahkan supaya kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender diteliti semula.

Beliau berkata, kelulusan peruntukan berkenaan tidak akan diteruskan dan perlu diteliti semula, supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan ditetapkan. 

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, Perdana Menteri sepatutnya mengetahui projek berkenaan perlu disegerakan bagi mengurangkan kerugian dan mengelakkan kesan bencana banjir yang lebih besar. 

"Ia mestilah terpaksa dilakukan melalui kaedah runding terus atau tander terpilih, khususnya yang melibatkan bencana seperti banjir, empangan pecah, tanah runtuh dan lain-lain.

“Namun, sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan,” katanya. 

Terdahulu, pada pembentangan Bajet 2023, kerajaan memperuntuk RM15 bilion bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) hingga tahun 2030 sebagai strategi jangka panjang negara dalam menghadapi perubahan iklim.

Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tahun 2023, sebahagian besar projek akan dijalankan dengan anggaran RM700 juta.

Antara projek utama digerakkan termasuk pelaksanaan Projek Empangan Sabo bernilai RM562 juta di 46 lokasi seluruh negara bagi mengurangkan risiko banjir puing dan banjir lumpur seperti yang berlaku di Baling, Kedah.

Selain itu, pembinaan Kolam Takungan Dwifungsi bernilai hampir RM2 bilion melibatkan jajaran di sepanjang Sungai Klang dan Sungai Rasau, Selangor sebagai strategi serampang dua mata untuk mengatasi masalah banjir dan sumber pembekalan air mentah. - Getaran, 6 Disember 2022. 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 22 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 21 jam yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak