web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Padang Serai Diramal Cerah, Tioman Hujan Pagi Esok - MetMalaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 2:19PM

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pemeriksaan peralatan-peralatan untuk mengundi sebelum diedarkan kepada pusat-pusat pengundian DUN N.42 Tioman sempena PRU-15 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Rompin hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kawasan pengundian di bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah esok mengalami cuaca cerah pada pagi manakala di sebelah petang akan berlaku ribut petir atau hujan.

Di bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang pula, cuaca diramalkan hujan pada sebelah pagi manakala di sebelah petang dijangkakan cuaca dalam keadaan baik.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata para pengundi dinasihatkan sentiasa peka kepada keadaan sekeliling khususnya cuaca.

“Rancang perjalanan ke tempat mengundi dengan sebaiknya dengan merujuk kepada maklumat cuaca serta ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia di pelbagai medium penyebaran rasmi jabatan.

“Keluarlah untuk mengundi dengan lebih awal sekiranya cuaca dijangka baik pada awal pagi. Jangan bertangguh kerana cuaca di kawasan tropika boleh berubah dengan pantas iaitu ribut petir berserta hujan lebat  boleh terbentuk dan berlaku dalam jangka masa yang singkat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Muhammad Helmi turut memaklumkan supaya orang ramai mengelakkan diri berada di tempat lapang seperti padang dan berlindung segera di struktur kukuh (bangunan).

“Selain itu, elakkan guna telefon atau kelengkapan elektrik, jauhi rod pengalir elektrik seperti tiang elektrik dan tangga besi serta struktur tinggi seperti pokok atau yang tidak kukuh,” katanya.

Esok adalah hari mengundi di kawasan Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan proses pengundian dijadual tamat pada 6 petang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad