Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penjual Air Ditahan, Ugut Mahu Kelar Leher Wanita

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 8:22PM

Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Polis menahan seorang penjual minuman berusia 48 tahun selepas disyaki terlibat dalam kejadian ugutan mahu menggelar leher seorang wanita di sebuah stesen minyak di Taman Melawati, Ampang Jaya di sini.

Lelaki itu diberkas pada jam 1.30 petang selepas dilaporkan mengugut seorang pemuda dan ibu angkatnya dengan pisau lipat dan parang pada 25 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham mengenai penjualan air jagung antara suspek dan pengadu yang diugut.

"Suspek dilaporkan keluar dari kereta dan mengacukan pisau lipat ke arah pengadu seorang lelaki berusia 22 tahun dan ibu angkatnya semasa mereka pergi ke Shell, di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Taman Melawati.

"Semasa kejadian juga suspek turut mengambil parang dan mengacukan senjata berkenaan ke arah kedua-dua mangsa dan mengugut mahu menggelar leher ibu angkat pegadu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semasa tangkapan dilakukan, polis turut merampas sebilah parang berukuran 52 sentimeter (cm) dan hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan ketakutan jenayah dan berhadapan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan. - Getaran, 5 November 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 9 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad