web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gaji Menteri Dipotong 20 Peratus Hingga Ekonomi Pulih - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 4:25PM

Anwar Ibrahim berkata dasar tersebut akan dikuatkuasa sehingga kedudukan ekonomi negara kembali pulih - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua menteri Kabinet akan berdepan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, dasar tersebut akan dikuatkuasa sehingga kedudukan ekonomi negara kembali pulih.

Katanya, langkah itu demi berkongsi keperitan hidup rakyat, susulan lonjakan harga barangan keperluan sejak beberapa bulan lalu.

“Jika ekonomi kembali pulih dalam tempoh tiga bulan lagi, kita akan kaji semula,” katanya kepada pemberita di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

“Potongan gaji adalah tidak wajar, tetapi saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Kabinet kerana membuat pengorbanan kecil ini,” katanya.

Anwar sebelum ini berjanji pada kempen pilihan raya yang lalu, bahawa beliau tidak akan mengambil gajinya sebagai Perdana Menteri dan beliau mengulanginya pada sidang akhbar pertamanya selepas mengangkat sumpah pada 24 November lalu.

Mengenai kekeliruan bahawa ini tidak penting kerana beliau masih akan menikmati gaji sebagai Menteri Kewangan, Anwar menjelaskan peruntukan sedia ada hanya membenarkan seorang anggota Kabinet untuk menikmati gaji satu jawatan menteri, walaupun memegang dua portfolio.

Ketika pengumuman Kabinetnya pada Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau akan menerajui Kementerian Kewangan dengan berat hati memandangkan krisis ekonomi global masa kini, dengan harapan kehadirannya akan meyakinkan pelabur tempatan dan juga asing.

Harga telur akan dikurangkan, cabutan 4D juga dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali sebelum ini.

Anwar berkata, beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu sebelum ini mengenai isu kekurangan telur dan memberi jaminan bahawa langkah telah diambil untuk menangani perkara itu.

“Mudah-mudahan esok ada pengumuman mengenai penurunan harga telur dengan mengurangkan pergantungan kepada kartel.  Kami berharap bekalan telur akan mencukupi dan harga akan dikurangkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengumumkan bahawa bilangan "cabutan khas" untuk pengendali loteri 4 digit (4D) akan dikurangkan daripada 22 ketika ini kepada lapan mulai 1 Januari tahun depan, sama seperti ketika PH pertama kali menerajui kerajaan Persekutuan.

Beliau mengakui ini adalah langkah drastik yang perlu diambil pada hari pertamanya sebagai Menteri Kewangan.

Sebelum ini, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, syarikat perjudian dibenarkan mengadakan 22 cabutan khas untuk nombor 4D setiap tahun, sebelum PH mengurangkannya kepada 11 pada 2019 dan lapan pada 2020.

Jumlah cabutan dinaikkan semula kepada 22 berikutan kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020. – Getaran, 5 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad