Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan, Mana Vaksin Kami? - Media

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 8:58AM

Pengamal media masih belum menerima vaksin sedangkan mereka juga terdedah kepada risiko jangkitan ketika menjalankan tugas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memberi kata putus pada kadar segera, berhubung status pengamal media dalam pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) berkata, sehingga hari ini status pemberian vaksin ke atas pengamal media masih samar-samar, walaupun ada antara mereka sudah menerima suntikan masing-masing, khususnya di negeri-negeri di luar Wilayah Persekutuan.

Presidennya, Farah Marshita Abdul Patah berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia KKM walaupun sudah menghantar senarai nama pengamal media yang terlibat .

“Semua sedia maklum bahawa kami sebagai pengamal media merupakan antara individu yang terdedah dengan wabak COVID-19, tetapi sehingga kini kami masih belum menerima sebagai jawapan bertulis daripada pihak kementerian.

“Sebelum ini, kita sudah sedia diberitahu bahawa kerajaan sudah membuat ketetapan untuk meletakkan wartawan dan semua disiplin media ke dalam senarai petugas barisan hadapan, namun apa yang menghampakan, ada pihak yang seolah-olah memperkotak-katikkan tanggungjawab kami sebagai antara penyalur maklumat mengenai COVID-19,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau menarik perhatian, notis awal seharusnya diberikan kerajaan jika bekalan vaksin sedia ada tidak mencukupi, agar media tidak tertunggu-tunggu, bagai menanti buah yang tak gugur.

“Jika vaksin fasa pertama tidak mencukupi untuk diberikan kepada media, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memaklumkan hal berkenaan.

“Kami tidak minta kerajaan lakukan secara serentak, tetapi dengarlah suara kami sebagai barisan hadapan yang bertungkus lumus menyalurkan maklumat dari awal lagi pandemik COVID-19 mengancam rakyat Malaysia,” katanya kesal.

Pendapat sama turut disuarakan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia, Datuk Ahirudin Attan yang berkata, pihaknya juga masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak kementerian walaupun senarai nama pengamal media di bawah NPC sudah diberikan sejak Mac.

“Pada ketika ini kerajaan dilihat seperti tidak mengambil endah dan sengaja melengah-lengahkan perkara ini menyebabkan para pengamal media masih lagi tidak mendapat vaksin awal, sedangkan kita memang terdedah dan berisiko untuk dijangkiti virus berkenaan.

“Kami juga berharap kerajaan boleh mengadakan perbincangan dengan persatuan yang menaungi media bagi menjelaskan dengan lebih terperinci pemberian vaksin ke atas media ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, guru dan pengamal media antara kumpulan yang dipertimbangkan untuk menerima vaksin fasa pertama menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Jelas Khairy, ia adalah wajar, serentak dengan pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka, manakala media pula berdepan risiko dalam menjalankan tugas sebagai penyebar maklumat untuk semua pihak.

Katanya, perkara itu akan dibawa bagi membolehkan keputusan dibuat dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV).

Keputusan itu bagaimanapun masih menjadi satu tanda tanya apabila sehingga ke hari ini, kerajaan masih belum memberikan sebarang kata putus atau maklum balas berhubung tarikh temujanji untuk suntikan pertama.

Apakah media hanya melukut di tepi gantang, lapar sangat baru berguna? Atau pihak berkaitan sekadar menanam tebu di pinggir bibir? Entahlah. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

3

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

4

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

5

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

6

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tidak Ada Masalah Dengan Pesawat, Kesihatan Anggota - TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

Pelajar Tingkatan 2 Tunggang Motosikal Maut, Rakan Cedera

Politik 22 jam yang lalu

PRK KKB: 39,362 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

Politik 1 hari yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan