web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SUHAKAM Gesa Kerajaan Perpaduan Pupuk Semangat Kebersamaan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 6:48PM

SUHAKAM gesa PM pupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menggesa kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat di negara ini, tanpa mengira latar belakang, etnik dan kewarganegaraan.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad menegaskan, melalui semangat berkenaan, setiap orang berhak dilayan dengan hormat dan bermaruah.

“Prinsip-prinsip digariskan dalam Rukun Negara harus menjadi kunci untuk memupuk keharmonian dan perpaduan kaum dengan rakyat harus bersama-sama berusaha untuk menghayatinya.

“SUHAKAM menyeru tadbir urus yang baik dan penghormatan terhadap hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Rahmat berkata, SUHAKAM menyokong prinsip pengasingan kuasa bagi memastikan integriti dan kebebasan badan kehakiman dilindungi dan bebas daripada sebarang campur tangan pihak luar serta tekanan politik.

Menurut beliau, SUHAKAM, dengan rasa hormat menjunjung kasih dan berterima kasih atas titah Raja-Raja Melayu pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, baru-baru ini yang menggesa pemimpin politik berhenti memainkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut.

“Majlis Raja-Raja turut bertitah mengenai pentingnya semua pihak memelihara keharmonian kaum dan kestabilan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

"Sejajar dengan itu, SUHAKAM menjunjung seruan perpaduan yang mana Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan 2021-2030 telah menggariskan 12 strategi," katanya.

Ujarnya, antara strategi itu adalah usaha berterusan untuk membangunkan warganegara yang patriotik dan demokratik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara, bertujuan memupuk dan memperkukuh perpaduan rakyat. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan