web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Diminta Arah Syarikat Kerajaan Buat Reformasi Elak Ketirisan, Rapatkan Jurang Gaji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 11:46AM

MTUC juga mahu kerajaan baharu diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan agensi GLC dan GLIC memberikan gaji munasabah kepada pekerja bawahan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) turut membuat reformasi, bertujuan menjamin ketelusan serta mengelakkan ketirisan dalam pentadbiran.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, ia boleh dilaksanakan dengan memastikan pemberian kontrak secara terus diamalkan GLC dan GLIC atas alasan bahawa pembelian adalah terdesak, syarikat pembekal terhad serta pelbagai alasan perlu dihentikan serta-merta.

Katanya, kerajaan baharu diterajui Anwar juga perlu memastikan agensi GLC dan GLIC memberikan gaji munasabah kepada pekerja bawahan.

“Jurang gaji perlu dirapatkan dengan melakukan reformasi kepada pertadbiran GLC dan GLIC. Jurang gaji antara pengurusan sangat besar sehingga 20 kali ganda dengan pekerja bawahan,” katanya hari ini.

Kamarul Baharin berkata, terdapat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berkhidmat di agensi GLC dan GLIC, terutama menguruskan dana besar sudah lama bertugas.

Justeru, katanya, tempoh pelantikan CEO GLC dan GLIC itu perlu dihadkan kepada maksimun lapan tahun untuk mengekalkan tadbir urus yang baik.

Kamarul Baharin Mansor - Gambar Fail
Kamarul Baharin Mansor - Gambar Fail

Menurutnya, langkah itu bertujuan membendung kemungkinan berlaku rasuah dan salah guna kuasa yang akan memberi kesan kepada pencarum.

“MTUC meletakkan harapan tinggi kepada Perdana Menteri menerajui negara.

“Golongan pekerja akan menyokong setiap tindakan kerajaan untuk kepentingan dan kebaikan pekerja,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, MTUC menyambut baik reformasi pertadbiran kerajaan diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini, seperti perolehan mesti melalui proses tender.

Jelasnya, keputusan itu adalah langkah proaktif bagi mengawal ketirisan dan mencegah kemungkinan gejala rasuah di semua peringkat.

Malah, keputusan Anwar tidak mahu mengambil gaji Perdana Menteri dan memotong pendapatan anggota Kabinet, menunjukkan beliau cuba mengurangkan penggunaan wang kerajaan.

“Tindakan ini adalah isyarat kepada rakyat bahawa langkah penjimatan sudah bermula.

“MTUC yakin reformasi dilakukan Perdana Menteri adalah langkah yang perlu bagi mengelakkan pembaziran dana negara.

“Langkah reformasi akan memberi mesej kepada pelabur bahawa Malaysia sedang berubah ke arah negara lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Anwar pada sidang medianya sejurus dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu, menegaskan kerajaannya akan melaksanakan beberapa penambahbaikan dan perubahan bagi mewujudkan pentadbiran serta negara lebih baik.

Perkara itu termasuk melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (governance) pemerintahan.

Ia juga menyaksikan Anwar berjanji tidak mahu mengambil pendapatan Perdana Menteri dan memotong separuh daripada gaji menteri Kabinet.

Usaha itu, katanya, turut bertujuan menggalakkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. – Getaran, 2 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad