web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Peguam Sokong Cadangan Raja-Raja Melayu Asingkan Kuasa PM Lantik Hakim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 1:02PM

Karen Cheah berkata, idea Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir itu diyakini akan dapat memastikan JAC tidak membawa kepentingan mana-mana pihak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Peguam menyambut baik cadangan untuk mengasingkan kuasa Perdana Menteri dalam melantik ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Presidennya, Karen Cheah berkata, idea Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir itu diyakini akan dapat memastikan JAC tidak membawa kepentingan mana-mana pihak.

Tuanku Muhriz semalam membuat usul itu dalam ucapan perasmiannya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260.

Daripada sembilan ahli JAC, beliau mencadangkan agar lima daripadanya yang dilantik Perdana Menteri, dipilih oleh institusi seperti Majlis Peguam, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Cheah berkata, Majlis Peguam sebelum ini pernah mengesyorkan agar Akta JAC 2009 dikaji semula.

“Majlis Peguam sentiasa mengambil berat berhubung isu pelantikan hakim, yang sentiasa perlu bebas daripada sebarang pengaruh eksekutif, kerana tujuan utama JAC adalah untuk mengekalkan pengasingan kuasa antara legislatif, badan kehakiman dan eksekutif bagi memastikan ketelusan di semua peringkat.

“Berdasarkan kriteria ini, Majlis Peguam secara berterusan menegaskan bahawa komposisi keseluruhan JAC harus mencerminkan kepelbagaian dan keterangkuman serta seboleh-bolehnya mewakili demografi penduduk dalam setiap aspek.

“Ini bermakna, ia merangkumi pandangan lebih luas bahawa Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan agama serta mencerminkan keseimbangan jantina dan amalan profesional yang baik.

“Jika komposisi JAC mewakili masyarakat Malaysia, ia akan meningkatkan lagi keyakinan dan penerimaan orang ramai terhadap keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman kerana keputusan hakim pada dasarnya akan mewakili dan membuat keputusan yang mempengaruhi kehidupan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketika ini, selain daripada lima ahli JAC yang dilantik Perdana Menteri, empat lagi hakim adalah hakim kanan negara.

Mengekalkan kuasa Perdana Menteri untuk melantik lima ahli JAC "membuka peluang bahawa mantan anggota eksekutif dan perkhidmatan awam, Ahli Parlimen dan ahli politik lain boleh menduduki JAC", katanya.

Hakikatnya, walaupun proses pelantikan hakim memerlukan perundingan, beliau juga berkata, pandangan atau bantahan Majlis Peguam mengenai kesesuaian calon JAC "tidak pernah diterjemahkan”.

“Oleh itu, pandangan yang dicari nampaknya tidak lebih daripada latihan dan bukannya amalan. Oleh itu, cadangan semasa untuk reformasi JAC memang tepat pada masanya,” katanya.

Menurut Cheah, susulan cadangan Tuanku Muhriz, Majlis Peguam mengulangi gesaan untuk meminda Akta JAC dan Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan bagi menubuhkan sistem kehakiman yang bebas.

Ia sekali gus menyokong penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai perkara utama mengenai kebebasan kehakiman.

Peranan ahli JAC adalah untuk memilih orang yang layak dilantik sebagai hakim mahkamah untuk pertimbangan Perdana Menteri, selain merumus dan melaksanakan mekanisme pemilihan dan pelantikan, serta untuk membuat cadangan lain tentang badan kehakiman.

Sementara itu, mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilaporkan berkata, ahli JAC seharusnya dilantik oleh badan bebas.

Cadangan lain beliau kepada Free Malaysia Today ialah keahlian JAC ditambah daripada sembilan kepada 15 ahli atau lebih, supaya dapat mewakili kepentingan masyarakat majmuk.

Ujarnya, JAC juga perlu diwakili oleh orang awam dan badan itu sebaiknya dipengerusikan oleh golongan terbabit - Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 7

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tamat Pemerintahan 30 Januari, Al-Sultan Abdullah Zahir Penghargaan Kepada Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad